AMPANG JAYA :Pelajar tingkatan lima antara 15 gengster yang ditahan polis dalam satu rusuhan, melibatkan dua kumpulan samseng berhampiran sebuah kedai makan di Pandan Indah, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, lima suspek yang mengalami kecederaan di kepala dan badan dalam kejadian itu mendapat rawatan sebagai pesakit luar manakala seorang lagi ditempatkan di Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata, tangkapan itu dibuat kira-kira pukul 10.30 malam ketika pasukan polis yang sedang menjalankan pemeriksaan terserempak sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan disyaki terlibat dalam pergaduhan.
Berdasarkan siasatan awal, katanya, punca pergaduhan itu dipercayai akibat perebutan kawasan antara dua kumpulan gengster.
"Kita masih lagi mengesan beberapa suspek yang masih lagi bebas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut Mohamad Farouk, pemeriksaan awal juga mendapati empat daripada suspek itu mempunyai rekod lampau melibatkan kes curi dan merusuh.
Sementara seorang daripadanya, kata beliau, sebelum ini pernah ditahan dibawah Akta Pencegahan Jenayah.
"Mereka dipercayai menggunakan topi keladar dan kayu," ujarnya.
Menurut beliau, kesemua suspek yang berusia 17 hingga 35 tahun itu kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.
Mohamad Farouk berkata, siasatan ke atas kesemua suspek itu dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksan kerana merusuh.
Jika disabit kesalahan, katanya, mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Justeru, Mohamad Farouk memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan mengambil tindakan sendiri dengan membelakangi undang-undang atau mengeluarkan kenyataan yang bercanggah sebelum memastikan kesahihannya.
Umavathi Ramayah
Tue Dec 29 2020

Mohamad Farouk Esha berkata, kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 1 Januari depan. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dendam masih membara, gengster tembak rumah aktor Salman Khan
Aktor Bollywood Salman Khan ditembak dua individu tidak dikenali pada 14 April.

Pelajar tingkatan lima antara 15 gengster ditahan di Pandan Indah
Lima suspek yang mengalami kecederaan di kepala dan badan dalam kejadian itu mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

29 suspek gengster, jenayah terancang ditahan di bawah SOSMA
Semua mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Syed Saddiq terpaksa lari, guna jalan tikus, lompat pagar
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terpaksa lari, menggunakan jalan tikus dan lompat pagar seperti orang yang bersalah gara-gara diserang 200 individu yang berlagak.

Pegawai polis antara ditahan dipercayai terbabit aktiviti pemerasan
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata siasatan awal mendapati, cara pemerasan yang digunakan dalam kes melibatkan pegawai yang ditahan itu, mirip kumpulan gangster.

Ketua Polis KL tidak rela mempunyai anggota terlibat dengan kongsi gelap
Kumpulan kongsi gelap di sekitar ibu negara kini dikesan telah mengubah aktiviti utama mereka iaitu daripada jenayah kekerasan dan pemerasan kepada pengedaran dadah.

Ada apa dengan Pok Ya Cong Codei
Pok Ya Cong Codei memberikan makna sebenar gedebe yang selama ini dianggap samseng atau gangster.

Kumpulan gangster didalangi warga asing di Pasar Borong KL dikenal pasti
Polis mengenal pasti beberapa kumpulan gangster didalangi warga asing yang aktif melakukan peras ugut di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur.

Ancaman Daish, gangsterisme, ragut antara fokus Polis KL
Demikian komitmen Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim yang mahu semua warga polis kontinjen itu bersama-sama beliau memastikan misi tersebut tercapai.

Letupan bom di Bukit Bintang: Kongsi gelap bergaduh atau serangan kumpulan radikal?
Persoalan 'angkara siapa' dilihat paling penting dan harus disiasat pihak berkenaan dari insiden pengeboman di Bukit Bintang.