KOTA BHARU: Seorang pelajar lelaki dari sebuah maahad tahfiz berusia 12 tahun maut selepas van yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Taman Bendahara-Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, pagi tadi.
11 lagi pelajar maahad tahfiz terbabit turut mengalami kecederaan ringan selepas van yang mereka naik terbabas sebelum memasuki sebatang parit.
Menurut laporan awal Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11 pagi.
Ketika kejadian, van terbabit dinaiki 13 orang pelajar termasuk seorang pemandu.
Difahamkan kesemua pelajar berkenaan dalam perjalanan menghadiri undangan membeli pakaian atau persalinan hari raya sebelum van berkenaan terbabas.
Pelajar tahfiz berusia 12 tahun itu disahkan meninggal di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala 11 pelajar yang kesemuanya berusia bawah 12 tahun mengalami kecederaan.
Turut mengalami kecederaan ialah pemandu van berkenaan.
Identiti mangsa yang meninggal dunia itu belum dapat dikenal pasti.
Muhafandi Muhamad
Tue Apr 18 2023

Van yang dinaiki 13 orang pelajar termasuk seorang pemandu dikatakan terbabas ke dalam parit di jalan berkenaan. - Foto Astro AWANI

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Pelajar tahfiz maut terkena renjatan elektrik
Seorang pelajar tahfiz maut selepas terkena renjatan elektrik ketika memegang mentol lampu di kantin asrama madrasahnya di Jertih.

Pelajar tahfiz maut, van terbabas ke dalam parit
Seorang pelajar lelaki dari sebuah maahad tahfiz berusia 12 tahun maut selepas van yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Taman Bendahara-Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, pagi tadi.

Pelajar tahfiz maut, kereta dinaiki terbabas sebelum rempuh pokok
Kejadian berlaku kira -kira jam 8 pagi melibatkan kenderaan jenis pelbagai guna MPV Toyota Avanza yang dinaiki guru dan pelajar Maahad Tahfiz di Sungai Dua.

Kematian Mohammad Aimin: Cemburu dipercayai punca pergaduhan
Cemburu dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan pelajar sebuah pusat tahfiz di Lanchang yang berakhir dengan kematian kanak-kanak berusia tujuh tahun, Mohammad Aimin Nurul Amin.

'Tengkuk, kaki Mohammad Aimin sejuk' - Warden asrama tahfiz
Tengkuk dan kaki murid tahfiz mati dipercayai dipukul dikatakan sudah sejuk ketika dia ditemui semalam oleh warden asrama sebuah pusat tahfiz di Lancang di sini.