KUALA PILAH: Seorang pelajar Tingkatan Lima yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan di Kilometer 24 Jalan Seremban-Kuala Pilah, Kampung Gedang di sini pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Shah Iskandar Nor Haszemi, 17, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Samad cedera parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mangsa yang menunggang motosikal terlibat nahas dengan sebuah kereta Proton Wira dari arah Kuala Pilah menghala ke Seremban.
"Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sawah Liat, namun dari arah belakang telah melanggar bahagian pintu hadapan Proton Wira yang bergerak di laluan sama.
"Ketika itu kereta terbabit sedang membelok ke kanan jalan untuk masuk ke simpang Kampung Gedang," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk tindakan lanjut.
"Pemandu Proton Wira iaitu lelaki berusia 29 tahun cedera di kepala dan dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 30 2021

Motosikal ditunggang mangsa kemalangan dengan Proton Wira (Ihsan Bomba)

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru
Siti Nur Amalin memilih untuk mengulang kaji pelajaran secara bersendirian selain membuat latihan dan sentiasa fokus ketika guru mengajar.

Pelajar SPM cekal urus ibu derita kanser
Muhammad Imran Mohd Adnan bijak membahagikan antara mengulang kaji pelajaran dan menguruskan ibunya.

Program empowerNCER bantu pelajar B40 tingkat pencapaian SPM
95 peratus daripada 3,400 pelajar yang mengikuti program itu lulus SPM dan ia telah dilaksanakan di 30 daerah di empat negeri.

Agong, Permaisuri zahir rasa sukacita, bangga kepada pelajar OKU, B40 cemerlang dalam SPM 2022
Seri Paduka menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar cemerlang dan mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan berterusan.

Pelajar SPM maut ketika pulang dari sekolah
Mangsa yang menunggang motosikal terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Proton Wira dari arah Kuala Pilah menghala ke Seremban.

KPM perhalusi cadangan daripada 100 pelajar SPM untuk tambah baik PdP
Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti dan memperhalusi cadangan pelajar untuk menambah baik pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedia ada.

Kerajaan belum cadang beri vaksin kepada pelajar SPM 2021
Kerajaan belum bercadang untuk memberikan suntikan vaksinasi kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Salam akhir, Muhamad Haikal tatap jenazah ayah sebelum duduki peperiksaan SPM
Rakaman video Muhamad Haikal Iskandar, yang menatap wajah arwah ayahnya buat kali terakhir sebelum menduduki peperiksaan Sejarah kertas dua yang tular hari ini nyata meruntun hati warganet.

Bakal pengantin didakwa rogol adik kandung sejak mangsa berusia 11 tahun
Tertuduh, yang berusia 26 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus lima pertuduhan terhadapnya.

'Berpesta' di jalan raya rai kertas akhir SPM
Kurang 24 jam tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beberapa kawasan tumpuan pelancong di Melaka dicemari insiden sekumpulan pelajar menunggang motosikal secara melulu.