LABUAN:Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara di sini, diarah tutup sementara untuk proses sanitasi setelah seorang pelajarnya disahkan positif COVID-19, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.
"Pelajar berkenaan (yang disahkan positif) tinggal di rumah kongsi di kawasan pembinaan (rumah setinggan) yang didiami lebih 40 orang. Dia dan tujuh individu lain yang tinggal di sana didapati positif manakala ibu bapa pelajar itu belum mendapat keputusan ujian saringan.
"Dia (pelajar) telah ke sekolah sejak beberapa hari lepas sebelum kami mendapat keputusan awal bahawa dia disahkan positif pagi ini, dan sekolah ditutup sementara untuk sanitasi," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata semua guru di sekolah itu termasuk guru di seluruh Labuan telah menjalani ujian swab COVID-19 di Pusat Kokurikulum Labuan hari ini dan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah itu pada 29 Sept sehingga 2 Okt lepas juga diarah menjalani ujian saringan.
SMK Mutiara dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada ibu bapa awal pagi hari ini memaklumkan ibu bapa supaya mengambil anak-anak mereka yang bersekolah pada pukul 9.30 pagi berikutan arahan penutupan segera.
Semua guru sekolah itu diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari dan dinasihatkan untuk membawa pulang bahan mengajar untuk melaksanakan pengajaran dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 08 2020
Semua guru sekolah itu diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari. -Gambar fail
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Belanjawan 2025: Apa yang Sabah dan Sarawak dapat?
Ikuti analisis awal Belanjawan 2025 bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Datuk Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.
Anak siapa pun, tiada kompromi dalam kes buli - Fadhlina
Fadhlina mengulas dakwaan vokalis kumpulan Spider, Tam yang mendedahkan anak lelakinya menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Sekolah, madrasah di Negeri Sembilan dikaitkan eksploitasi kanak-kanak dipantau
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata maklumat itu diperoleh hasil siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) susulan aduan yang diterima daripada beberapa pihak.
Sekurang-kurangnya 4 maut, 30 cedera dalam insiden tembakan di sekolah
Seorang remaja berusia 14 tahun akan didakwa atas tuduhan membunuh dan dibicarakan sebagai orang dewasa.
SPRM tahan dua guru besar disyaki buat tuntutan palsu RM500,000
Semua suspek tersebut telah ditahan kira-kira jam 10 malam pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sibu, Sarawak.
Video tular gaduh: Tiga pemain bola sepak remaja sudah dikenakan tindakan tegas
Tiga pemain bola sepak yang terlibat dalam pergaduhan ketika kejohanan bola sepak peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2024, sudah diambil tindakan tegas oleh pengadil perlawanan.
Cebisan anggota badan di sekolah Gaza serlah kekejaman Israel
Saksi melaporkan bahawa serangan berlaku ketika orang ramai berkumpul di halaman sekolah untuk menunaikan solat Subuh.
Peruntukan kepada sekolah ikut keperluan - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peruntukan kepada sekolah akan disalurkan mengikut keperluan dan keutamaan masing-masing.
Derita sakit tulang belakang gara-gara kejadian kerusi ditarik rakan
Kehidupan mereka sekeluarga berubah 360 darjah selepas insiden yang berlaku pada tahun lalu itu, selain turut memberi kesan kepada perkembangan anaknya.
Program tajaan syarikat minuman keras tidak babitkan pelajar - Loke
Loke berkata, penajaan sedemikian bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah biasa dilakukan sebelum ini.