Semua suspek tersebut telah ditahan kira-kira jam 10 malam pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sibu, Sarawak.
Mereka yang ditahan itu termasuk dua orang guru besar sekolah rendah.
Majistret, Ong Kork Chern mengeluarkan tahanan reman lima hari terhadap dua suspek manakala reman empat hari dikenakan terhadap seorang lagi suspek.
Menurut sumber, siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2022.
Jelasnya, suspek dipercayai mengemukakan tuntutan palsu untuk kerja penyelenggaraan sistem telaga tiub di empat buat sekolah sekitar negeri ini kepada pejabat pendidikan daerah (PPD).
Tuntutan itu dibuat sedangkan kerja penyelenggaraan tersebut tidak dilaksanakan kerana sistem telaga itu telah rosak sejak tahun 2021.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Tegasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.