KUALA LUMPUR: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kuala Selangor mengharumkan nama Malaysia apabila menewaskan 490 pasukan dari 250 sekolah di seluruh dunia di Pameran Perdagangan Antarabangsa, Penciptaan Produk dan Idea Baharu (IENA) 2022 di Nuremberg, Jerman pada Sabtu.
Mereka meraih pingat emas dan Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan Untuk Kategori Pencipta Muda Hadiah Bandaraya Nuremberg dalam pertandingan yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 Okt lepas.
Empat pelajar terbabit ialah Athirah Ahmad Hisshamuddin, 17, serta Raja Dhia Nazneen Insyirah Raja Mohd Aman Shah, Nur Damia Bisyara Muhammad Imran dan Sarah Ardinie Khairul Faizi, masing-masing berusia 16 tahun.
Berbekalkan bimbingan guru berpengalaman Mohd Ridzuan Mohammad dan Mohd Zulhelmi Mansor, pelajar terbabit mengulangi kejayaan senior mereka yang turut memenangi pingat emas serta anugerah produk inovasi terbaik pada 2019 di pertandingan sama.
Mohd Zulhelmi ketika dihubungi Bernama berkata pelajar terbabit mempertandingkan produk inovasi Set Pembelajaran (ECS) Eksplorasi Cabaran Sejarah Dunia yang direka khas untuk menarik minat semua golongan khususnya remaja menguasai pengetahuan am berkaitan sejarah ketamadunan dunia.
Beliau berkata idea itu tercetus melalui permainan Monopoli yang kemudian diterjemah kepada ECS memandangkan sejarah tamadun dunia mempunyai tempat warisan menarik untuk dipaparkan di atas papan permainan.
"Maka konsep bergambar dan rakaman peristiwa menarik ditonjolkan di atas papan permainan tersebut. Ini membolehkan interaksi dua hala dan menggalakkan perbincangan antara para pelajar yang bermain papan permainan ECS itu," katanya.
Mohd Zulhelmi juga berkata produk itu diharap dapat diterbitkan dan dijadikan pertandingan koakademik antara sekolah selain mampu dimiliki oleh setiap keluarga di negara ini untuk dijadikan aktiviti santai bagi mengisi masa lapang sekali gus melahirkan generasi warganegara global.
IENA adalah pameran inovasi tertua di dunia yang dipertanding sejak lebih 70 tahun lepas bersempena pameran perdagangan yang mengetengahkan pelbagai ciptaan dan inovasi baharu terbesar di dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2022

Empat pelajar terbabit ialah Athirah Ahmad Hisshamuddin serta Raja Dhia Nazneen Insyirah Raja Mohd Aman Shah, Nur Damia Bisyara Muhammad Imran dan Sarah Ardinie Khairul Faizi. - Foto Facebook/SMK Agama Kuala Selangor

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

PM ucap tahniah pelajar SMKA Kuala Selangor gondol pingat emas
Perdana Menteri berharap kejayaan pasukan sekolah itu akan menjadi penyuntik semangat kepada pelajar lain.

Pelajar Malaysia gondol pingat emas pada pertandingan inovasi di Jerman
Pelajar SMKA Kuala Selangor mengharumkan nama Malaysia apabila mendapat pingat emas Pameran Perdagangan Antarabangsa, Penciptaan Produk dan Idea Baharu (IENA) 2022 di Nuremberg, Jerman semalam.