KEMAMAN: Seorang remaja lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan gadis bawah umur dalam kejadian di sebuah rumah sewa di daerah ini, Selasa lalu.
Pelajar kolej berusia 17 tahun itu ditahan selepas keluarga mangsa menyerahkannya kepada pihak polis kira-kira jam 5 pagi pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berkenalan dengan mangsa berusia 14 tahun pada Oktober tahun lalu melalui aplikasi Telegram dan turut berhubung melalui aplikasi WhatsApp.
Menurutnya, suspek datang ke rumah gadis berkenaan pada Selasa minggu lalu dan membawa mangsa keluar bersiar-siar tanpa pengetahuan keluarga sebelum membawa mangsa ke bilik sewanya.
"Ketika berada di bilik tersebut, suspek dan mangsa telah melakukan hubungan seks sebanyak dua kali sebelum mangsa dihantar pulang.
"Perbuatan itu terbongkar selepas abang mangsa memeriksa telefon bimbit mangsa pada 10 Februari lalu dan mendapati mangsa ada berhubung dengan suspek.
"Abang mangsa mengesyaki mangsa melakukan hubungan bersama suspek dan membawa adiknya itu bertemu suspek sebelum menyerahkan suspek ke balai polis," katanya ketika dihubungi, di sini pada Isnin.
Menurut Hanyan, difahamkan suspek melakukan hubungan kali kedua bersama mangsa selepas melakukan perbuatan sama pada Oktober tahun lalu.
Beliau berkata, suspek direman enam hari bermula Isnin dan kes itu disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan melibatkan kes rogol remaja bawah umur. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 13 2023

Pelajar kolej berusia 17 tahun itu ditahan selepas keluarga mangsa menyerahkannya kepada pihak polis kira-kira jam 5 pagi pada Isnin.- Gambar hiasan

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Rogol pelajar madrasah: Pelajar kolej dikenakan bon berkelakuan baik
Seorang pelajar kolej dilepaskan dengan bon berkelakukan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas mengaku bersalah merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja.

Bapa muda didakwa rogol, amang seksual remaja perempuan bawah umur
Seorang bapa muda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan bawah umur.

Pelajar kolej ditahan bantu siasatan kes rogol
Seorang remaja lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan gadis bawah umur dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Kemaman.

Buruh mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur
Seorang pemuda didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan merogol seorang remaja bawah umur awal bulan ini.

Rogol berkumpulan: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur
Mereka didakwa secara bersama melakukan rogol berkumpulan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan.

Rogol remaja 13 tahun hingga mengandung, warga emas kekal dipenjara 12 tahun
Seorang bekas pemandu lori kekal menjalani hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan kerana merogol anak jirannya, sehingga remaja berumur 13 tahun itu mengandung dan cuba membunuh diri.

Murid darjah 6 disyaki rogol kanak-kanak 4 tahun dibebaskan
Murid lelaki berusia 12 tahun yang ditahan atas dakwaan merogol seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis, Rabu lepas.

Dituduh rogol remaja, lelaki mengaku tidak bersalah
Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur awal bulan ini.

Rogol gadis bawah umur bergilir-gilir, 7 remaja didakwa
Kesemua suspek berusia di antara 15 dan 18 tahun itu didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mangsa di Pendang.

Mangsa digantung sekolah selepas dirogol tiga pelajar lelaki
Baru berusia 14 tahun namun, seorang pelajar di Miami, Florida sudah menjadi mangsa rogol tiga pelajar lelaki termasuk seorang daripadanya positif HIV.