LABUAN: Seorang pekerja kontrak berusia 27 tahun sedang melakukan kerja-kerja menyelenggara dan membaik pulih sebuah jeti di sini, mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di pinggir bandar ini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Riham Abdollah, berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa dari sebuah syarikat kontraktor kecil ditugaskan melaksanakan kerja di jeti kendalian Shell Timur Sdn Bhd apabila dipercayai terjatuh ke dalam laut.
Katanya, pasukan penyelam bomba yang dikejarkan ke lokasi kejadian, menemukan mayat mangsa di kedalaman 16 meter.
Mangsa di kenali sebagai Zamri Lamuseng dari Putatan, Penampang, Sabah.
Sementara itu, Ketua Polis Labuan, Supt Ahmad Jawilla, berkata mangsa bersama empat pekerja lain sedang melakukan pemasangan perancah.
"Mereka tiba di jeti pada jam 6 pagi untuk melakukan pemasangan, tetapi kira-kira jam 11 pagi, mereka mendapati Zamri tidak berada di jeti dan melihat topi keselamatannya terapung berhampiran jeti dan mereka segera membunyikan siren kecemasan," katanya.
Ahmad menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya memaklumkan kepada balai polis Labuan untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023
Seorang pekerja kontrak berusia 27 tahun sedang melakukan kerja-kerja menyelenggara dan membaik pulih sebuah jeti, mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut.
Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak sederhana baharu
Peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,500 kilometer pada kelajuan 12 kali ganda kelajuan bunyi pada hari sebelumnya.
Perdana Menteri Singapura diberi sambutan rasmi
Ketibaannya disambut Anwar pada jam 9.50 pagi tadi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
AWANI Ringkas: Wujudkan zon ekonomi khas di selatan tanah air
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: ASEAN Kita | Australia AS a strategic partner for ASEAN
Australia and ASEAN have shared a unique and evolving partnership, built on a foundation of shared economic interests, strong trade ties, and a commitment to regional stability. As the global geopolitical landscape continues to shift, how can Australia cement its role as a critical ally to ASEAN? What are the opportunities for deeper collaboration, and what challenges lie ahead?
This week on ASEAN Kita, we’ll explore the future of this vital partnership and its implications for the region with Dr. John Lee, Former Senior Adviser to Australian Foreign Minister.
This week on ASEAN Kita, we’ll explore the future of this vital partnership and its implications for the region with Dr. John Lee, Former Senior Adviser to Australian Foreign Minister.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,628.54, naik 3.07 mata daripada 1,625.47 semalam.
#AWANIRingkas 7 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 7 Januari 2025
1️⃣ Jalinan Malaysia-Singapura
2️⃣ PM Anwar + PM Singapura
3️⃣ Komitmen SPRM terhadap pegawai
#awaniringkas
1️⃣ Jalinan Malaysia-Singapura
2️⃣ PM Anwar + PM Singapura
3️⃣ Komitmen SPRM terhadap pegawai
#awaniringkas
Tarikh penerimaan tawaran ambilalih MAHB dilanjutkan
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada 17 Januari. Semua terma dan syarat tawaran kekal tidak berubah. Ketahui lebih lanjut mengenai perkembangan ini dan impaknya terhadap pasaran.
Kawalan, peraturan ketat pastikan perjalanan tahanan rakyat Malaysia selamat
Tahanan akan dipindahkan ke dalam trak dalam blok bangunan dan dibawa terus ke mahkamah tanpa pengetahuan sesiapa baik keluarga atau kenalan.
JS-SEZ: Limpahan ekonomi hasil dua negara berjiran
Temu bual eksklusif bersama penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, membincangkan potensi Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) dalam memperkukuh daya saing serantau, menarik pelaburan strategik, dan mengoptimumkan infrastruktur untuk kemajuan ekonomi.
Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh
Indonesia secara rasmi menyertai BRICS sebagai anggota penuh, menjadikan kumpulan ekonomi pesat membangun itu sebagai anggota keenamnya.
Pekerja penyelenggara jeti jatuh dalam laut ditemui lemas di Labuan
Pasukan penyelam bomba yang dikejarkan ke lokasi kejadian, menemukan mayat mangsa di kedalaman 16 meter.