Seramai 118 bekas pekerja sebuah kilang keluli di Kawasan Perindustrian Gebeng menuntut pembelaan selepas mereka diberhentikan tanpa sebarang pampasan daripada syarikat itu.
Seorang bekas pekerja, Zafran Ahmad, 43, berkata kesemua mereka merupakan pekerja tempatan yang telah bekerja di kilang terbabit di antara 15 hingga 20 tahun.
Menurutnya, pihak kilang memberhentikan pekerja dalam tiga peringkat.
Dalam peringkat pertama, 39 pekerja telah diarahkan untuk tidak datang bekerja selama 12 hari. Apabila mereka kembali ke kilang pada hari ke-13, mereka dimaklumkan telah pun diberhentikan kerja.
Peringkat kedua membabitkan 56 orang pekerja yang telah diberikan notis berhenti kerja sementara.
Peringkat ketiga pula membabitkan 23 pekerja yang diberi memo yang menyatakan mereka telah diberhentikan kerja.
Zafran berkata, dalam memo yang dikeluarkan, syarikat berkenaan berjanji untuk melunaskan gaji tertunggak namun sehingga kini mereka masih belum menerimanya.
“Pada 17 Nov lalu, semua pekerja diberi notis peringkat terakhir yang menyatakan kami semua tidak perlu masuk kerja lagi.
“Kami masih ada gaji tertunggak dan tiada pampasan diberikan oleh syarikat.
“Pada 30 Nov pula, kami diminta ke Pejabat Buruh untuk berjumpa dengan majikan tetapi malangnya pihak majikan tidak menghantar wakil,” katanya.
Seorang lagi bekas pekerja, Mohd Khaizal Idris, 42, mendakwa masalah membabitkan pekerja tempatan di kilang berkenaan berlaku pada awal 2016 dan usaha pekerja di situ untuk berjumpa dan berbincang dengan pengurusan tertinggi syarikat seperti tidak dilayan.
Katanya, mereka amat memerlukan tunggakan gaji berkenaan untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak serta membayar hutang.
“Kami harap sangat ada yang sudi membela dan mengetengahkan masalah ini ke peringkat yang lebih tinggi. Sekurang-kurangnya bolehlah kami membiayai anak-anak ke sekolah dan bolehlah bayar sikit mana-mana hutang yang ada,” ujarnya.
Kesemua bekas pekerja kilang keluli itu mahu pihak syarikat membayar tunggakan gaji serta pampasan atau faedah penamatan kerja seperti yang termaktub di bawah Akta Kerja 1955 dan undang–undang buruh berkaitan.
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, wakil syarikat berkenaan yang berjaya dihubungi mereka berkata, pihaknya hanya akan membuat pembayaran tunggakan gaji dan pampasan selepas proses perbincangan selesai dan jumlah sebenarnya dimuktamadkan.
"Jumlah yang dianggarkan hanyalah RM700,000 dan kita kini dalam proses perbincangan dengan kesatuan pekerja untuk terus bertindak.
"Selain itu jumlah tuntutan yang sebenar perlu dimuktamadkan oleh peguam dan apabila semua sudah selesai baru syarikat boleh membuat pembayaran kepada mereka," katanya.
Astro Awani
Sun Dec 10 2017
Bekas pekerja melakukan protes di luar pintu pagar kilang pada Ahad. -Astro AWANI
PBB desak tindakan terhadap cuaca panas melampau
Menurut Guterres, cuaca panas melampau sudah menjadi keadaan norma yang baharu.
Bunuh Nur Farah Kartini: Lans koperal dibawa ke mahkamah hari ini
Tumpuan pastinya terarah pada susuk lelaki itu apabila sebahagian kecil maklumat mengenai suspek akan 'dilondehkan' dalam kertas pertuduhan kelak.
PBB desak tindakan terhadap cuaca panas melampau
Antonio Guterres mendesak negara menangani perubahan iklim dan kepanasan melampau selepas dunia catat rekod hari paling panas.
Harapan gencatan senjata, permintaan China lemah jadi faktor
Penanda aras antarabangsa Brent didagangkan pada US$81.04 setong pada 10.19 pagi waktu tempatan (0719 GMT), penurunan sebanyak 0.8 peratus daripada harga penutupan US$81.71 setong dalam sesi dagangan sebelumnya.
Gua Pelangi akan dibangunkan sebagai pakej geotrail
Tapak kajian arkeologi Gua Pelangi di Felda Pasoh 4 akan dibangunkan sebagai pakej geotrail bagi mempromosikan ekopelancongan di Negeri Sembilan.
Israel dan Hamas hampir capai gencatan senjata
White House dedahkan perjanjian gencatan senjata semakin hampir dicapai. Biden tekankan keperluan gencatan senjata dalam pertemuan dengan Netanyahu.
Sukan melangkaui keamananm, hormat dan perpaduan
Menjelang pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach pada Khamis berkata bahawa Sukan dan sukan secara amnya mengenai keamanan, rasa hormat dan perpaduan.
Enam atlet negara sertai upacara pembukaan di Sungai Seine
Seramai enam atlet dan empat pegawai akan mewakili kontinjen Malaysia pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 malam esok (awal pagi Sabtu di Malaysia) DI SUNGAI SEINE.
Ketua kontinjen negara Datuk Hamidin Mohd Amin berkata barisan atlet negara bakal didahului oleh dua pembawa Jalur Gemilang, iaitu penerjun Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran Nur Shazrin Mohamad Latif.
Ketua kontinjen negara Datuk Hamidin Mohd Amin berkata barisan atlet negara bakal didahului oleh dua pembawa Jalur Gemilang, iaitu penerjun Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran Nur Shazrin Mohamad Latif.
Atlet sila keluarkan taring sebenar
Itu pesanan yang digambarkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kepada 26 atlet negara supaya lakukan yang terbaik ketika berhadapan pihak lawan di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai secara rasmi hari ini dan berlangsung hingga 11 Ogos ini.
Wujudkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah
Cadangan kerajaan untuk mewujudkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah adalah bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dan memastikan pelantikan hakim dijalankan secara telus serta bebas daripada kuasa Eksekutif.
709 bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd terima pampasan RM8.6 juta - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesemua mereka akan menerima pampasan antara RM3,000 hingga RM21,000 seorang.
Lelaki tular tidur bawah landasan LRT dibantu
Shahidan berkata, pihaknya segera menemui lelaki terbabit sejurus mendapat maklumat daripada Perdana Menteri.
155,893 individu diberhentikan kerja sejak 2020 - Saravanan
Daripada jumlah itu, 141,191 pekerja di Semenanjung Malaysia diberhentikan oleh 5,095 majikan.
Polis tahan reman lelaki hantar surat mengecam Masjid Jamek Bahau
Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman ACBE di sini pada 10.10 malam tadi oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.
Hanya 0.5 peratus tuntutan pemberhentian belum selesai - Perkeso
Kes yang belum selesai tidak melebihi 14 hari, iaitu mengikut prosedur operasi standard.
Penganggur gagal bayar denda RM27,000 kerana hina Agong
Mahkamah mengambil kira bahasa dan adat serta hantaran keterlaluan yang telah menghina dan menjatuhkan Agong sebagai raja berpelembagaan.
Kematian pekerja kilang: Bekas pembersih rumah, suami ditahan
Majikan dan suami jiran telah datang ke rumah mangsa dan mendapati mangsa telah terbaring dengan keadaan berlumuran darah di ruang tamu.
Lebih 24,000 diberhenti kerja, pengangguran pada kadar 6.8 peratus - Kula
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) merekodkan sejumlah 24,600 pekerja telah diberhentikan oleh majikan bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini.
Pekerja kilang dakwa diberhentikan tanpa notis, tuntut pampasan
Seramai 118 bekas pekerja sebuah kilang keluli di Kawasan Perindustrian Gebeng menuntut pembelaan selepas diberhentikan tanpa sebarang pampasan daripada syarikat itu.
Hentikan pekerja asing dahulu, sebelum pekerja tempatan
Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib menegaskan syarikat juga tidak boleh memberhentikan pekerja secara serta merta kerana ia jelas melanggar Akta Kerja 1955 (Akta 265).