Seorang pekerja DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH) maut dihempap kenderaan perisai beroda ketika sesi kursus latihan pemanduan anggota tentera mengendalikan kenderaan berkenaan di trek pandu uji kilang syarikat itu di Pekan, pada Khamis.
Difahamkan mangsa, Abdul Razak Jabbar, 45, yang berasal dari Kluang, Johor dan merupakan jurulatih memandu kenderaan berkenaan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Mangsa dikatakan pesara tentera di 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanise Kem Batu 10 di sini dan memiliki kepakaran dalam mengendalikan kenderaan itu.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata ketika kejadian pada 12.25 tengah hari itu, mangsa dikatakan sedang mengajar seorang pelatih Mohd Amirnuddin Osman, 23, memandu kenderaan berkenaan di litar pandu uji itu.
"Ketika Mohd Amirnuddin sedang memandu kereta perisai tersebut menuruni laluan bukit di litar itu, tiba-tiba ia hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa tercampak keluar daripada kereta perisai ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Amran berkata bagaimanapun Mohd Amirnuddin hanya mengalami kecedaran ringan di tangan dan mendapat rawatan di Hospital Pekan.
Beliau berkata mayat Abdul Razak dihantar ke hospital yang sama untuk dibedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga untuk dikebumikan di kampung halaman isterinya di Pahang Tua di sini.
Sementara itu, DEFTECH dalam kenyataan merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga mangsa terlibat dan berasa kesal dengan kejadian berkenaan serta akan melakukan apa sahaja termampu membantu keluarga berkenaan menghadapi saat sukar itu.
Kenyataan itu menyebut satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar kejadian berlaku dan pihak pengurusan DEFTECH sedang bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Kami akan memberi jaminan bahawa segala usaha akan terus diambil bagi memastikan keselamatan di kemudahan kami diletakkan pada keutamaan yang tertinggi dalam organisasi kami," menurut kenyataan itu.
Bernama
Fri Mar 11 2016
Kereta kebal DRB-Hicom terbalik menyebabkan seorang jurulatih memandu Abdul Razak Jabbar, 46, maut dihempap kereta perisai itu dalam kemalangan di trek pandu uji kilang syarikat itu hari ini. - Foto Bernama
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pekerja DEFTECH maut dihempap kenderaan perisai beroda
Mangsa yang merupakan jurulatih memandu kenderaan berkenaan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.