RAUB: Tindakan semakan kehakiman akan diteruskan oleh pekebun durian Musang King Raub dengan alasan syarat baharu yang ditawarkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd (RPDR-PKPP) masih tidak dapat menjamin kepentingan pekebun-pekebun terbabit.
Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka), Wilson Chang berkata, resolusi itu dicapai hasil perhimpunan pekebun-pekebun tanpa geran yang turut sebulat suara menolak kertas terma RPDR-PKPP yang didakwa mengandungi syarat tetap yang bersifat eksploitasi.
"Walaupun pihak RPDR-PKPP mendakwa bahawa terma-terma tersebut telah diperbaiki tetapi cadangannya masih bersifat berat sebelah seperti menetapkan harga tetap yang jauh murah daripada pasaran.
"Ia juga memaksa pekebun menjual semua durian kepada kilang RPDP-PKPP yang belum dibina," katanya dalam satu kenyataan selepas selesai perhimpunan pekebun tanpa geran dekat Sungai Ruan di sini semalam.
Kira-kira 500 pekebun terlibat hadir dalam perhimpunan terbabit yang turut dihadiri Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Chang berkata, perhimpunan terbabit penting memandangkan jumlah yang hadir begitu ramai, sekali gus mampu mewakili pandangan dan pendirian pekebun-pekebun tanpa geran yang terjejas oleh skema RPDR-PKPP.
Tambah beliau lagi, perhimpunan itu turut memfokuskan kepada kandungan kertas terma terbaharu bertarikh 30 Dis 2022 yang ditawarkan oleh pihak RPDR-PKPP kepada pekebun-pekebun tanpa geran.
BACA: Pekebun Musang King perlu pertimbang permohonan semakan kehakiman semula - MB Pahang
Dalam pada itu, Chang berkata, Samka berasa amat kesal kerana wakil Royal Pahang Durian Group didakwa menolak untuk menghadiri perhimpunan tersebut melalui surat rasmi daripada firma peguam.
"Syarikat RPDR-PKPP tidak pernah menganjurkan sesi dialog awam dengan pihak pekebun-pekebun, malahan enggan merebut peluang ini untuk berdialog.
"Jelas bahawa, syarikat swasta tersebut langsung tidak berniat untuk mencapai solusi menang-menang dengan pekebun-pekebun tetapi hanya berfokus kepada keuntungan sahaja," jelasnya.
Bagaimanapun, kata Chang, pekebun-pekebun bersetuju untuk menubuhkan panel rundingan bagi memulakan perbincangan dengan kerajaan negeri mahupun syarikat RPDR-PKPP supaya menyelesaikan kemelut Musang King.
"Lanjutan itu, mereka berjaya mencapai resolusi bahawa rundingan tersebut perlu berdasarkan prinsip rakan setara dan ini bermakna segala syarat kontrak dan penandatanganan kontrak harus berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.
"Tambahan pula, perdagangan bebas perlu dijamin bagi suasana persaingan yang sihat. Aktiviti penjualan durian kepada pihak syarikat haruslah bebas daripada unsur paksaan," katanya.
Sementara itu, Chang memberitahu, pekebun-pekebun juga sanggup membayar kadar cukai tanah 20 kali lebih daripada kadar cukai yang ditetapkan dalam Warta Negeri Pahang 2019.
"Mereka (pekebun) menawarkan untuk membayar kos tahunan pemeliharaan alam sekitar bagi mewujudkan industri durian dan persekitaran yang lestari," jelasnya.
Norfarhiza Mohd Atar
Thu Feb 02 2023

Wilson Chang berucap pada majlis perhimpunan pekebun tanpa geran dekat Sungai Ruan di Raub semalam. - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Permintaan durian berkurangan akibat cuaca panas berpanjangan - Pekebun
Cuaca panas berpanjangan menyebabkan permintaan terhadap durian semakin berkurangan dan menjejaskan hasil pengeluaran raja buah itu.

Pekebun Musang King teruskan permohonan semakan kehakiman
Pekebun Musang King teruskan permohonan semakan kehakiman

Peniaga, pekebun durian dari luar perlu jalani ujian saringan sebelum ke Raub
Keputusan ujian saringan itu perlu dikemukakan kepada pihak berkuasa di sekatan jalan raya daerah Raub sebagai bukti.

Pekebun durian Hutan Simpan Kekal Batu Talam tidak mengaku bersalah
Tertuduh didapati berada di kompartmen 175 Hutan Simpan Batu Talam di Raub dan memasuki Hutan Simpan Kekal tanpa sebarang permit yang sah.

Isu pekebun durian: PGA dihantar ke Raub jaga ketenteraman awam - KPN
Acryl Sani berkata, PDRM akan sedaya-upaya berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan terlibat dengan PKPD.

Durian Musang King: Operasi tidak langgar perintah mahkamah, bukan isu perkauman
Operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub tidak melanggar perintah Mahkamah Rayuan.

Pekebun durian didakwa bunuh, kerat teman wanita
Tertuduh didakwa telah melakukan jenayah bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap seorang wanita warga Indonesia di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kebun durian.