SHAH ALAM: Seorang pejalan kaki warga India maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer (KM) 23, Jalan Klang-Banting-Kuala Lumpur, Banting, dekat sini, pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira 1.10 pagi, mangsa dikenali sebagai Ramakrishnan Aravint, 24, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun itu menghala ke arah Banting dari Klang sebelum merempuh mangsa yang sedang melintas jalan.
"Akibat daripada perlanggaran itu pejalan kaki berkenaan telah terpelanting pada cermin besar hadapan dan jatuh di atas pembahagi jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.
"Pemandu kereta yang bekerja sebagai ejen insurans tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan semalam.
Ahmad Ridhwan berkata pihaknya sedang mengesan waris atau majikan mangsa bagi proses pengecaman mayat di Unit Forensik, Hospital Banting dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Inspektor Keisha Nur Azalea Betty Saran menerusi talian 011-62622972 atau 03-31872222 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2023
![Pejalan kaki warga India maut dilanggar kereta Pejalan kaki warga India maut dilanggar kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81672957091_WargaAsingMaut.jpg)
Polis cari waris atau majikan mangsa yang maut kemalangan di KM23 Jalan Klang - Banting, Kuala Langat pada Khamis, gambar kecil: Ramakrishnan Aravint - Foto Sinar Harian
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733378909_garisanpolispolic.jpg)
Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan
Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan pagi tadi.
![Pemandu MPV langgar mati pejalan kaki serah diri, direman hari ini Pemandu MPV langgar mati pejalan kaki serah diri, direman hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721605955_tblanggarlari.jpg)
Pemandu MPV langgar mati pejalan kaki serah diri, direman hari ini
Suspek lelaki berusia 30-an itu telah menyerah diri petang semalam dan akan dibawa ke mahkamah hari ini.
![Tiga pejalan kaki cedera dirempuh van Tiga pejalan kaki cedera dirempuh van](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719970539_van.jpg)
Tiga pejalan kaki cedera dirempuh van
Rakaman CCTV daerah Ate menunjukkan van penumpang tidak rasmi itu dipandu dalam keadaan laju dan melanggar sebuah teksi yang diparkir.
![Lelaki langgar mati tiga warga Pakistan mengaku ambil dadah Lelaki langgar mati tiga warga Pakistan mengaku ambil dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712893007_TBLANGGARMATIPAKISTA.jpg)
Lelaki langgar mati tiga warga Pakistan mengaku ambil dadah
Mahkamah turut menetapkan 5 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan patologi.
![Pejalan kaki warga emas maut dirempuh pacuan empat roda Pejalan kaki warga emas maut dirempuh pacuan empat roda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696583013_mayat.jpg)
Pejalan kaki warga emas maut dirempuh pacuan empat roda
Pemandu itu telah menekan brek kenderaannya namun tidak dapat mengelak lalu merempuh mangsa.
![Pejalan kaki lelaki parah tersepit, dilanggar BMW Pejalan kaki lelaki parah tersepit, dilanggar BMW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699480132_PejalanKakiParah.jpg)
Pejalan kaki lelaki parah tersepit, dilanggar BMW
Mangsa cedera parah setelah dipercayai dilanggar oleh kenderaan yang dipandu oleh seorang wanita.
![Polis KL terus laksana Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis KL terus laksana Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694611496_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Polis KL terus laksana Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya
Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur akan terus dilaksanakan secara total enforcement bagi mengekalkan tahap pematuhan orang ramai terhadap peraturan jalan raya di ibu negara.
![KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691590903_SaifuddinNasutionI.jpg)
KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI
KDN meneliti cadangan membuka semula 'jalan pintas' di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.
![Operasi feri baharu bantu atasi kesesakan Jambatan Pulau Pinang Operasi feri baharu bantu atasi kesesakan Jambatan Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625129972_FeriPulauPinang.jpg)
Operasi feri baharu bantu atasi kesesakan Jambatan Pulau Pinang
Empat feri baharu Pulau Pinang yang dijangka memulakan operasi pada 7 Ogos ini telah membangkitkan keterujaan penduduk di negeri ini.
![Pejalan kaki maut dirempuh kereta Pejalan kaki maut dirempuh kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686703751_pejalankakimautd.jpg)
Pejalan kaki maut dirempuh kereta
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala.