KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan peguam pemerhati bagi pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk hadir dalam prosiding perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali.
Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas peguam mewakili Suhakam, Mardhiyyah Johari memaklumkan kepada mahkamah mengenai permohonan itu.
"Tiada masalah untuk pihak Suhakam melantik peguam pemerhati dalam kes itu namun diingatkan bahawa terdapat perbezaan antara pihak yang hadir selaku peguam pemerhati dengan pihak-pihak yang mempunyai locus standi dan peguam pemerhati perlu sentiasa menghormati prinsip itu," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Hafizatul Ifa Ab Razak memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah menyerahkan 12 dokumen berkaitan kes itu kepada pihak pembelaan dan terdapat beberapa dokumen lain akan diserahkan sebelum perbicaraan bermula.
Peguam M.Yalini yang mewakili Siti Bainun mengesahkan perkara itu.
Mahkamah kemudian menetapkan 22 Mac ini untuk pengurusan kes selanjutnya.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun tahun lepas.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan kes itu akan berlangsung selama 15 hari bermula 30 Mac ini dengan 34 saksi pendakwaan akan memberi keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 06 2022

Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.

Hukuman mati kes Zulfarhan: 'Keputusan Mahkamah Rayuan detik suram kehakiman negara' - Suhakam
Suhakam dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, ia percaya bahawa hukuman mati bukan satu penyelesaian yang adil atau efektif.

Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.

Dewan Negara luluskan tiga rang undang-undang hari ini
Rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 1999 diluluskan dengan lebih suara bersetuju.

Hak kewarganegaraan: Berilah keadilan kepada kanak-kanak
Noor Aziah harap kerajaan menangguhkan perkara-perkara yang melibatkan anak angkat atau anak tidak sah taraf demi keadilan kanak-kanak tersebut.

Mesyuarat bincang implementasi klausa Seksyen 19 Akta 792
Satu mesyuarat telah diadakan hari ini bagi membincangkan strategi implementasi klausa berkaitan Seksyen 19 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] secara menyeluruh.

Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM merayu supaya Suruhanjaya Kanak-Kanak dijadikan sebagai hadiah kepada semua kanak-kanak di Malaysia sempena meraika

Kertas Putih Kesihatan dibentang di Dewan Rakyat hari ini
Kertas Putih itu dijadual dikemukakan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa selepas berakhirnya sesi perbahasan dan penggulungan.

Farah Nini dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak
Farah Nini mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia dan undang-undang berhubung kanak-kanak.

Langkah positif Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai badan berkanun bebas
Rahmat berkata, penubuhan suruhanjaya ini adalah langkah yang betul dengan kedudukan Malaysia sebagai Negara Pihak kepada CRC.