Kehilangan seorang pengawal keselamatan Hospital Umum Sarawak terjawab selepas mayatnya ditemui pada Selasa.

Abdul Razak Abu Hassan, 69, ditemui dengan kesan cedera di kepala dan leher.

Kehilangan Abdul Razak disedari selepas mangsa yang bertugas pada syif 1 hingga 7 pagi tidak dapat dikesan apabila cuba dihubungi.

Rakan mangsa yang bertugas syif berikutnya mengesyaki sesuatu berlaku selepas menemui kesan percikan darah dan bertindak membuat laporan polis.

Polis kemudiannya melancarkan operasi mencari dan menemui mangsa yang dibalut plastik beberapa jam kemudiannya.

Siasatan awal, polis mengenal pasti seorang suspek yang juga rakan setugas syif mangsa.

Suspek dilapor menghilangkan diri.