Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan suspek utama dalam kes kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock dan dengan itu keterangan mereka perlu dilayani dengan berhati-hati.
Peguam Gobind Singh, mewakili keluarga Beng Hock, berhujah keterangan saksi-saksi bebas semasa ikues di Mahkamah Koroner Shah Alam mendedahkan pegawai-pegawai SPRM tidak bercakap benar.
Beliau mendakwa terdapat keterangan bahawa pegawai berkenaan telah menggunakan kekerasan terhadap Beng Hock sebelum ditemui mati pada 16 Julai, 2009.
Hujahnya Mahkamah Koroner tidak sepatutnya mengggunakan standard bukti lebih tinggi untuk mencapai keputusan terbuka dalam kes Beng Hock.
"Terdapat cukup alasan untuk Koroner mencapai keputusan bahawa kematian adalah secara pembunuhan atau oleh orang yang hadir di pejabat SPRM, tempat si mati ditahan semalaman," katanya di hadapan penel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
Dua lagi anggota panel ialah Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.
Gobind Singh berhujah Mahkamah Koroner dan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengekalkan keputusan terbuka inkues itu, gagal mengambil kira bahawa inkues itu lebih kepada usaha mencari fakta dalam memastikan sama ada wujud elemen jenayah dalam kematian Beng Hock.
Sementara itu, pihak pendakwa raya, diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Tajudin dan Mohamad Abazafree Mohd Abbas, berhujah keterangan oleh empat pakar, termasuk pakar forensik British Prof Dr Peter Vanezis, semasa inkues itu mendapati kecederaan dialami Beng Hock adalah konsisten dengan kecederaan akibat jatuh.
Nadia Hanim berkata hanya pakar dipanggil oleh perayu (abang Beng Hock, Teoh Meng Kee), pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand tidak bersetuju dengan pandangan itu dengan merumuskan bahawa 80 peratus adalah homisi (pembunuhan) dan 20 peratus bunuh diri dengan kecederaan pada leher Beng Hock mungkin akibat jerutan.
Katanya Dr Pornthip lebih banyak bergantung kepada gambar diambil sebelum bedah siasat pertama dan pakar patologi itu tidak pernah hadir semasa autopsi dilakukan.
"Beliau membuat spekulasi dan tidak konsisten semasa memberikan pandangannya, terutama tentang kecederaan di leher Beng Hock," katanya.
Beliau berkata Dr Pornthip juga tidak pernah pergi ke tempat kejadian.
Hakim Mohamad Ariff memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis mereka dalam dua minggu sebelum mahkamah menetapkan tarikh untuk menyampaikan penghakimannya.
Meng Kee memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner pada 5 Jan, 2010 yang memberikan keputusan terbuka bahawa kematian Beng Hock bukan disebabkan bunuh diri atau dibunuh dan juga tiada pihak ketiga terlibat dalam kematian itu.
Beng Hock, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, tempat terletaknya ibu pejabat SPRM Selangor sebelum ini, pada pagi 16 Julai, 2009.
Selepas Mahkamah Koroner memberikan keputusan terbuka itu, Meng Kee memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi keputusan itu disemak semula.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan semakan itu pada 1 Dis 2011.
Meng Kee memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Rayuan pada 2 Feb, 2013 untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Bernama
Wed May 28 2014
![Pegawai SPRM suspek utama kes kematian Teoh Beng Hock Pegawai SPRM suspek utama kes kematian Teoh Beng Hock](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/41397999383_295x200.jpg)
Teoh Beng Hock ditemui mati di Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009. -Gambar Fail
![Malaysia ajak negara ASEAN bersatu, kukuhkan usaha perangi jenayah dalam talian Malaysia ajak negara ASEAN bersatu, kukuhkan usaha perangi jenayah dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714401089_TeoNieChing.jpg)
Malaysia ajak negara ASEAN bersatu, kukuhkan usaha perangi jenayah dalam talian
Malaysia menggesa negara ASEAN untuk bersatu untuk memerangi masalah jenayah dalam talian yang semakin meningkat di rantau ini dengan lebih berkesan.
![Duta Palestin puji sokongan Malaysia menjelang perhimpunan di Arena Axiata Duta Palestin puji sokongan Malaysia menjelang perhimpunan di Arena Axiata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709549730_WalidAbuAli.jpg)
Duta Palestin puji sokongan Malaysia menjelang perhimpunan di Arena Axiata
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali menzahirkan rasa terima kasih kepada Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia atas sokongan dan solidariti yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin.
![Hannah puji semangat kental Pearly-Thinaah Hannah puji semangat kental Pearly-Thinaah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722610150_PearlyandThinaah.jpg)
Hannah puji semangat kental Pearly-Thinaah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya perjuangan beregu wanita negara Pearly Tan-M-Thinaah pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih belum berakhir dan kini beralih kepada misi meraih podium.
![GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672968043_JonistonBangkuaiS.jpg)
GRS nafi PBS, STAR bertanding solo PRN Sabah akan datang
GRS menafikan dakwaan dua parti gabungannya, PBS dan STAR merancang bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
!['Saya penembak semula jadi' - Atlet menembak Turkiye perjelas gaya santai 'Saya penembak semula jadi' - Atlet menembak Turkiye perjelas gaya santai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722607670_YusufDike.jpg)
'Saya penembak semula jadi' - Atlet menembak Turkiye perjelas gaya santai
Walaupun kelihatan santai, Yusuf Dikec jelaskan pingat perak yang dimenanginya tidak datang tanpa kerja keras dan dedikasi.
![Tanah runtuh di India: Angka kematian melebihi 300, pencarian mangsa diteruskan Tanah runtuh di India: Angka kematian melebihi 300, pencarian mangsa diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722339273_landslide.jpg)
Tanah runtuh di India: Angka kematian melebihi 300, pencarian mangsa diteruskan
Bedah siasat terhadap 199 mayat telah selesai dan sampel DNA bagi 130 bahagian tubuh diambil.
![Ditegur tak hadir, MUDA kecewa dengan respons Fahmi Fadzil Ditegur tak hadir, MUDA kecewa dengan respons Fahmi Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722608250_KenyataanMUDA.jpg)
Ditegur tak hadir, MUDA kecewa dengan respons Fahmi Fadzil
Oleh kerana waktu yang terlalu singkat, MUDA tidak dapat menghantar wakil untuk hadir sesi libat urus itu.
![Polis tahan wanita menari tidak senonoh berlatar kenderaan polis, muat naik di TikTok Polis tahan wanita menari tidak senonoh berlatar kenderaan polis, muat naik di TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722604819_wanita.jpg)
Polis tahan wanita menari tidak senonoh berlatar kenderaan polis, muat naik di TikTok
Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung tindakannya menari dengan aksi tidak senonoh di tempat awam berlatarkan kenderaan polis serta memuat naik video perbuatan itu di TikTok.
![Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722605931_kastamperlis.jpg)
Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta
Kenderaan yang disita dalam rampasan secara berasingan antara Jun dan Julai lepas di Kangar dan Kuala Perlis itu membabitkan cukai sebanyak RM2,239,475.
![Pasaran getah ditutup tinggi Pasaran getah ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710142417_TBPENOREHGETAHMONSOO.jpg)
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak mentah penanda aras.
![Malaysia sasar tampil sekurang-kurangnya 40 kes penggunaan rangkaian persendirian 5G Malaysia sasar tampil sekurang-kurangnya 40 kes penggunaan rangkaian persendirian 5G](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681888525_malaysia.jpg)
Malaysia sasar tampil sekurang-kurangnya 40 kes penggunaan rangkaian persendirian 5G
Perkembangan rangkaian 5G Malaysia cukup pantas, mencapai sehingga lebih 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dalam tempoh dua tahun.
![Malaysia berada di kedudukan strategik untuk manfaatkan ledakan AI - Gobind Malaysia berada di kedudukan strategik untuk manfaatkan ledakan AI - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717058967_GobindSinghDeo.jpg)
Malaysia berada di kedudukan strategik untuk manfaatkan ledakan AI - Gobind
Malaysia boleh memanfaatkan trend ini kerana negara memiliki sumber yang banyak ditambah dengan lokasi geografi yang selamat untuk pelabur.
![Menteri sahaja yang boleh pecat saya - Hans Isaac Menteri sahaja yang boleh pecat saya - Hans Isaac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41559232667_HansIsaac.jpg)
Menteri sahaja yang boleh pecat saya - Hans Isaac
Hans Isaac hanya akan mengundurkan diri sekiranya beliau diarahkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
![Penubuhan Majlis Media Malaysia martabatkan media Penubuhan Majlis Media Malaysia martabatkan media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81476790034_MediaGeneric.jpg)
Penubuhan Majlis Media Malaysia martabatkan media
Usaha menubuhkan badan pengawalseliaan media bebas ini sudah diperjuangkan oleh pengamal-pengamal media tempatan sejak sekian lama.
![Bank Dunia iktiraf usaha Malaysia tingkatkan sektor telekomunikasi Bank Dunia iktiraf usaha Malaysia tingkatkan sektor telekomunikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61562465683_pencawangkabelbr.jpg)
Bank Dunia iktiraf usaha Malaysia tingkatkan sektor telekomunikasi
Laporan Bank Dunia itu satu bukti kepada keberkesanan inisiatif, dasar dan tindakan yang dilaksanakan MCMC.