Lebih sepuluh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir di Ibu Pejabat Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) bagi mengambil dokumen berkaitan siasatan ke atas syarikat itu.

Mereka tiba kira-kira jam 10 pagi di Menara Felda di sini hari ini.

Media berkumpul di pintu masuk utama bangunan itu sejak jam 9 pagi bagi mendapatkan liputan lanjut mengenai perkara itu.

Petang semalam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad tampil memberikan keterangannya kepada SPRM.