Seorang pegawai Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang meletakkan nama isterinya sebagai pembekal makanan dan minuman untuk satu sesi taklimat kelolaan pasukan itu, hari ini menerima padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah.
Sekiranya gagal membayar denda itu, Mohd Zaini Azilah perlu menjalani hukuman penjara enam bulan.
Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas Mohd Zaini, 48,
mengaku bersalah menggunakan jawatannya bagi mendapatkan kelulusan bekalan itu pada 17 Dis 2010 di pejabat Rela Negeri Sarawak di sini.
Bekalan bernilai RM4,910.40 itu telah diluluskan Pengarah Rela Sarawak pada 20 Dis 2010.
Bekas tentera itu didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Mengikut kertas pendakwaan dibentangkan Pegawai Pendakwa SPRM, Othman Anyan, tertuduh telah menggunakan jawatannya sebagai Pegawai Rela Daerah Pedawan untuk mengemukakan satu permohonan membekal makanan dan minuman bagi satu sesi taklimat Rela menggunakan nama isterinya.
Berikutan aduan dibuat pejabat Rela Sarawak kepada SPRM selepas kelulusan itu, satu siasatan telah dibuat dan Mohd Zaini diberkas pada 25 Jan lepas sebelum dihadapkan ke mahkamah hari ini.
Terdahulu, Mohd Zaini memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan memandangkan ia merupakan kesalahan pertamanya.
Menurutnya dia sebelum ini tidak mengetahui telah melakukan kesalahan rasuah dengan menamakan isterinya sendiri untuk memohon menjadi pembekal untuk badan awam itu.
"Jika saya tahu awal-awal lagi ini salah, saya tidak akan buat perkara ini," katanya.
Bernama
Wed Jan 30 2013

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
Pegawai Rela dipenjara sehari, denda RM25,000
Seorang pegawai Rela yang meletakkan nama isterinya sebagai pembekal makanan dan minuman untuk satu sesi taklimat dijatuhkan hukuman.