Seorang pegawai polis berpangkat ASP mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan memikat isteri orang tahun lepas.
ASP Badrol Hisham Othman, 44, didakwa memikat wanita berusia 43 tahun itu, yang juga isteri seorang guru berusia 48 tahun, dengan niat supaya wanita itu boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya.
Badrol Hisham, yang bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Sungai Besi di sini pada 6 Mac, 29 April dan 13 Okt 2014.
Dia didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan.
Hakim Zulqarnain Hassan membenarkan Badrol Hisham diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 10 April untuk sebutan.
Bernama
Wed Mar 11 2015
Badrol Hisham, yang bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Sungai Besi di sini pada 6 Mac, 29 April dan 13 Okt 2014. - Gambar Hiasan
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Pegawai polis mengaku tidak bersalah pikat isteri guru
Seorang pegawai polis berpangkat ASP mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan memikat isteri orang tahun lepas.