Seorang pegawai Kedutaan Korea Utara hari ini mendakwa pihak kedutaan itu tidak tahu atas sebab apa seorang warganegaranya berada dalam tahanan polis.
Kaunselor Jim Yu-song berkata demikian kepada pemberita selepas pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan gagal dalam cubaannya untuk berjumpa warganegara Korea Utara Ri Yong Chol.
Yu-song, yang dilihat memasuki perkarangan IPD itu pada 4.15 petang dan beredar 15 minit kemudian, berkata beliau datang untuk berjumpa dengan pegawai polis yang bertanggungjawab untuk mengetahui kenapa warga Korea Utara itu ditahan.
"Kedutaan kami memikul tanggungjawab untuk melindungi kepentingan dan hak warganegara kami... sehingga kini kami tidak tahu sebab bagi penahanannya.
"Jadi, kami datang ke sini sekali lagi untuk bertanya kepada polis kenapa mereka menahan warganegara kami selama tujuh hari tanpa sebarang sebab... tetapi kami kesal kerana mereka (polis) berada di luar untuk menghadiri mesyuarat di Shah Alam, Selangor," katanya sebelum meninggalkan kawasan itu.
BACA: Pembunuhan Jong Nam: Takut dibunuh punca Duta Korea Utara terlebih lantang?
BACA: Kronologi pembunuhan Kim Jong Nam: Apa yang diketahui setakat ini
Ketika ditanya adakah pihak kedutaan telah membuat sebarang permohonan untuk berjumpa dengan polis atau pegawai bertanggungjawab bagi kes itu, kaunselor itu berkata: "Tidak".
"Tetapi, kami berharap polis Malaysia sepertimana termaktub dalam hubungan dua hala antara dua negara, akan bekerjasama dengan kedutaan," katanya.
Ri Jong Chol ditahan bersama-sama tiga yang lain berhubung kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong-nam.
Jong-nam, yang hidup terasing daripada adiknya iaitu pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 8 pagi 13 Feb untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila sejam kemudian dua wanita menghampirinya dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang telah disembur dengan cecair beracun.
Jong-nam yang menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, telah meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dibawa ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2017
![Pegawai Kedutaan Korea Utara mahu tahu sebab warganya ditahan Pegawai Kedutaan Korea Utara mahu tahu sebab warganya ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71487946971_KimYuSong.jpg)
Seorang pegawai Kedutaan Korea Utara mendakwa pihak kedutaan itu tidak tahu atas sebab apa seorang warganegaranya dalam tahanan polis. - fotoBERNAMA
![China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739023938_ChinaPanamaFlag.jpg)
China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar
China tegas menentang usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menggugat hubungannya dengan Panama melalui tekanan dan ancaman.
![FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725273822_SohThianLai.jpg)
FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja
Pengilang diminta memaklumkan kepada pekerja mereka mengenai inisiatif terkini PERKESO dalam mempermudah proses rawatan perubatan bagi pekerja yang mengalami kecederaan berkaitan pekerjaan.
![TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729680466_TBRamanan.jpg)
TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan
Sebanyak RM3.6 juta daripada RM100 juta peruntukan TEKUN Nasional sudah diagihkan kepada 143 usahawan komuniti India, selepas peruntukan itu diumumkan pada 14 Jan lepas.
![TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009509_MohdAsgharKhan.jpg)
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
![Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739015792_NaibPresidenTMu.jpg)
Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC
Nilai pengorbanan, disiplin dan pengabdian dalam sambutan Thaipusam menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan bersama-sama membina negara yang lebih baik.
![Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739020959_950x600.jpg)
Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
!['Malaysia akan terima akibat' - Konsulat Korea Utara 'Malaysia akan terima akibat' - Konsulat Korea Utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616300136_TBNORTHKOREAUGUT.jpg)
'Malaysia akan terima akibat' - Konsulat Korea Utara
Dalam kenyataannya kepada media sebelum bergerak ke KLIA, Yu Song berkata, Malaysia akan menerima akibat daripada tindakan yang dilakukannya.
![Pegawai, kakitangan Kedutaan Korea Utara dihantar pulang Pegawai, kakitangan Kedutaan Korea Utara dihantar pulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616297701_KedutaanKoreaUtara.jpg)
Pegawai, kakitangan Kedutaan Korea Utara dihantar pulang
Bas yang membawa pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara ke KLIA.
![Kakitangan pejabat Kedutaan Korea Utara mula mengosongkan bangunan Kakitangan pejabat Kedutaan Korea Utara mula mengosongkan bangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616209372_PejabatKedutaanKor.jpg)
Kakitangan pejabat Kedutaan Korea Utara mula mengosongkan bangunan
Tinjauan Astro AWANI mendapati, seawal jam 8.15 pagi, kakitangan diplomatik sudah mula memasuki bangunan yang terletak Jalan Batai itu.
![Kronologi pembunuhan Kim Jong-nam: Apa yang diketahui setakat ini Kronologi pembunuhan Kim Jong-nam: Apa yang diketahui setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/81487867373_KimJongNam.jpg)
Kronologi pembunuhan Kim Jong-nam: Apa yang diketahui setakat ini
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berdepan cabaran tatkala sukar mendapatkan kerjasama dengan Kedutaan Korea Utara di Malaysia.
![Media berkumpul di luar kedutaan Korea Utara semakin kurang Media berkumpul di luar kedutaan Korea Utara semakin kurang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51490024876_NorthKorea.jpg)
Media berkumpul di luar kedutaan Korea Utara semakin kurang
Keghairahan wartawan tempatan dan asing menunggu di luar Kedutaan Korea Utara bagi mengawasi kelibat pegawai kedutaan untuk komen berhubung pembunuhan Kim Jong-nam semakin reda.
![Imigresen Johor pantau pintu sempadan, elak warga Kedutaan Korea Utara tinggalkan negara Imigresen Johor pantau pintu sempadan, elak warga Kedutaan Korea Utara tinggalkan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/41483954509_CIQJohor.jpg)
Imigresen Johor pantau pintu sempadan, elak warga Kedutaan Korea Utara tinggalkan negara
Jabatan Imigresen Johor akan memastikan tiada warga Kedutaan Korea Utara meninggalkan negara ini menerusi pintu di sempadan Johor-Singapura.
![Ri Tong Il tinggalkan Kedutaan Korea Utara Ri Tong Il tinggalkan Kedutaan Korea Utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61488710334_Kedutaan.jpg)
Ri Tong Il tinggalkan Kedutaan Korea Utara
Perwakilan Korea Utara yang dihantar ke Malaysia bagi berbincang berhubung kes pembunuhan Kim Jong Nam, Ri Tong Il dilihat keluar daripada Kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara.
![Pegawai Kedutaan Korea Utara mahu tahu sebab warganya ditahan Pegawai Kedutaan Korea Utara mahu tahu sebab warganya ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71487946971_KimYuSong.jpg)
Pegawai Kedutaan Korea Utara mahu tahu sebab warganya ditahan
Seorang pegawai Kedutaan Korea Utara hari ini mendakwa pihak kedutaan itu tidak tahu atas sebab apa seorang warganegaranya berada dalam tahanan polis.
![Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/41487578659_KangChol.jpg)
Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama
Korea Utara mendesak untuk menyertai siasatan bersama berhubung kematian Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong Un, ujar Duta Besarnya di Malaysia, Kang Chol.
![Suasana kedutaan Korea Utara sunyi Suasana kedutaan Korea Utara sunyi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51487508916_Embassy.jpg)
Suasana kedutaan Korea Utara sunyi
Suasana di kedutaan Korea Utara di sini sunyi sejak pagi tadi, hanya beberapa kenderaan milik kedutaan itu dilihat keluar masuk premis berkenaan.