Pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un semakin mendapat perhatian media tempatan dan antarabangsa.
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini berdepan cabaran tatkala sukar mendapatkan kerjasama dengan Kedutaan Korea Utara di Malaysia apabila ia mendakwa kerajaan Malaysia menyembunyikan sesuatu tentang pembunuhan tersebut.
Berikut merupakan kronologi pembunuhan Kim Jong-nam yang dibunuh di klia2 pada 13 Februari lalu.
- 28 Julai
BACA: Suspek bunuh Jong Nam tiba dengan kawalan ketat bagi sebutan semula kes
Mahkamah Tinggi telah menetapkan perbicaraan untuk dua suspek perempuan itu pada 2 Oktober.
- 16 Jun
- 30 Mei
- 13 April
BACA: Sebutan semula kes bunuh Kim Jong Nam di mahkamah Sepang hari ini
Pihak pendakwaan dalam kes pembunuhan Kim Chol atau Kim Jong-nam berkata bukanlah menjadi kewajipan pendakwaan untuk memberi rakaman percakapan saksi tiga suspek warga Korea Utara yang telah kembali ke negara mereka kepada pihak pembelaan kerana ia bukan dokumen awam.
- 31 Mac
- 27 Mac
BACA: Pengurusan jasad Jong Nam: Harap semua pihak bersabar - Reezal Merican
- 16 Mac
- 15 Mac
- 10 Mac
BACA: Sah, si mati adalah Kim Jong Nam – KPN
- 07 Mac
BACA: Polis percaya suspek kes pembunuhan Jong Nam masih di kedutaan Korea Utara
- 01 Mac
BACA: Dua suspek wanita dihadap ke mahkamah atas dakwaan membunuh Kim Jong Nam
- 26 Februari
- 25 Februari
BACA: Kes bunuh Jong Nam: Kedutaan Indonesia temui Siti Aisyah
- 24 Februari
Justeru, polis kini menyiasat bagaimana bahan kimia yang telah diharamkan itu berjaya dibawa masuk ke Malaysia atau ia dihasilkan di dalam negara.
Salah seorang suspek dalam kes pembunuhan Jong-nam dipercayai mengalami kesan sampingan daripada bahan kimia 'Agen Saraf VX'.
Polis turut bekerjasama dengan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom untuk memeriksa semua lokasi yang pernah dilalui suspek jika terdapat sisa radioaktif.
"Seluruh dunia tahu bahawa siasatan yang dijalankan adalah adil dan telus. Malah Duta Besar (Kang Chol) telah dimaklumkan tentang proses yang terlibat dalam siasatan, tetapi nampaknya dia terus khayal dan membuat penipuan serta tuduhan terhadap kerajaan Malaysia" - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Kementerian Luar membentangkan kepada Kabinet penilaiannya mengenai hubungan diplomatik dengan Korea Utara.
- 23 Februari
Kedutaan Korea Utara mendakwa PDRM menyembunyikan sesuatu dari hasil siasatan pembunuhan Kim Jong-nam selain menegaskan tidak menerima sebarang permohonan dari polis untuk bekerjasama dalam siasatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membidas kenyataan itu dan mendakwa permohonan PDRM dibuat berdasarkan protokol dan telah dikemukakan kepada Wisma Putra.
Malah, katanya kekebalan diplomatik bukanlah alasan kepada Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Hyon Kwang Song, 44, untuk tidak tampil membantu siasatan.
Waran tangkap akan dikeluarkan kepada pekerja syarikat penerbangan Air Koryo, Kim Uk Il, 37 jika gagal menyerah diri kepada polis.
Dalam pada itu, saudara terdekat Kim Jong Nam dijangka tiba di negara ini dalam tempoh satu atau dua hari lagi, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol biadab dan melangkaui batasan diplomatik.
Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menasihati rakyat Malaysia agar tidak ke Korea Utara buat masa ini berikutan kes pembunuhan Jong Nam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap keputusan analisis bedah siasat dikeluarkan pada minggu hadapan di mana pihaknya masih menunggu waris terdekat mangsa untuk mengenal pasti mayat dan menjalani ujian DNA untuk pengesahan.
- 22 Februari
Hyon Kwang Song, 44, merupakan Setiausaha Kedua di Kedutaan Korea Utara di Malaysia sementara Kim Uk Il, 37 merupakan pekerja syarikat penerbangan Korea Utara, Air Koryo.
Katanya, dua suspek warga Vietnam dan Indonesia yang menyapu cecair kimia ke wajah Kim Jong-nam telah berlatih melakukan pembunuhan itu. Suspek Indonesia itu dikenali sebagai Siti Aishah, 25, yang sudah menetap di Kuala Lumpur sejak beberapa tahun lalu.
Malah, mereka juga mengetahui cecair kimia itu berbahaya kerana mereka membasuh tangan sebaik menyapu cecair berkenaan ke muka Jong-nam.
Duta Besar Malaysia di Pyongyang, Mohamad Nizan Mohamad yang dipanggil pulang ke negara ini untuk proses perundingan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 9:37 pagi.
Sementara itu, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menjalankan siasatan dalaman terperinci susulan penyebaran rakaman kamera litar tertutup (cctv) dan akan ambil tindakan tegas terhadap kakitangannya yang menyebarkan video tersebut.
- 21 Februari
Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia bukan 'kuda tunggangan' dan tidak akan tunduk kepada mana-mana negara dalam mempertahankan kedaulatan negara.
BACA: Pembunuhan Jong-nam: Takut dibunuh punca Duta Korea Utara terlebih lantang?
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan tiada kesan suntikan atau kecederaan pada si mati sekaligus menafikan kenyataan kononnya Jong-nam mati akibat serangan jantung.
Di Seoul, Kementerian Perpaduan Korea Selatan menolak dakwaan Korea Utara bahawa Kuala Lumpur menjalin pakatan sulit dengan Seoul dalam siasatan tersebut.
Dalam pada itu, keluarga Siti Aisyah, suspek wanita dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Jong-nam, hairan bagaimana anak bongsu mereka boleh berada di Malaysia.
BACA: Kelayakan Piala Asia: Ubah venue jika ancam keselamatan - Khairy
- 20 Februari
Empat warga Korea Utara yang menyaksikan keseluruhan insiden pembunuhan itu berlepas dengan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta pada 9.50 pagi, satu jam selepas pembunuhan itu.
BACA: Malaysia terikat dengan undang-undang dalam siasatan pembunuhan Jong Nam - PM Najib
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan tuduhan yang dibuat Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol adalah satu pembohongan.
Dalam perkembangan berkaitan, polis kini mengkaji tindakan terhadap penyebaran rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan insiden pembunuhan Jong-nam.
Sementara itu, Korea Utara mendesak untuk menyertai siasatan bersama berhubung kematian Jong-nam lantaran mahu mendapatkan penjelasan lebih baik tentang pembunuhan itu.
Malaysia menerusi Kementerian Luar memanggil pulang Duta Besarnya di Pyongyang, Mohamad Nizan Mohamad untuk proses perundingan dan mengarahkan Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol untuk memberi penjelasan mengenai kenyataannya.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta mana-mana supaya tidak memberi sebarang tekanan kepada polis dan unit forensik dalam menjalankan siasatan.
- 19 Februari
Identiti dua lagi suspek belum dikenal pasti, namun kesemua mereka didapati berada di KLIA2 ketika kejadian berlaku menerusi rakaman video kamera litar tertutup (CCTV).
BACA: Bekas perisik Korea Utara sifatkan suspek pembunuhan Kim Jong-nam hanya amatur
Sebuah rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan pembunuhan Jong-nam di aras pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) tersebar di media sosial.
Stesen televisyen Jepun, Fuji TV, didakwa merupakan yang pertama menayangkan video tersebut.
- 18 Februari
Sekaligus mereka mempersoalkan tindakan pihak berkuasa Malaysia yang masih tidak mahu menyerahkan jasad Kim Jong Nam walaupun mangsa disahkan rakyat mereka.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan suspek ketiga pembunuhan Kim Jong-nam.
Suspek warganegara Republik Demokratik Rakyat Korea dikenal pasti sebagai Ri Jong Chol, 47 tahun ditahan di 9.50 malam, 17 Februari 2017 di Selangor.
- 17 Februari
Media Indonesia melaporkan, ibu suspek utama yang ditahan, Siti Aishah, Benah, 50, akui anaknya mampu berbahasa Inggeris dan Korea walaupun tidak pernah mengikuti kelas bahasa tersebut.
Seorang daripada dua suspek wanita yang ditahan reman berkait pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Jong-nam dipercayai dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bagi tujuan soal siasat.
Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini belum mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Malaysia untuk berjumpa dengan wanita pemegang pasport negara itu, Siti Aishah.
- 16 Februari
Dalam pada itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan identiti wanita kedua yang ditahan adalah Siti Aishah yang dilahirkan di Serang, Indonesia, pada 11 Feb, 1992.
Suspek utama pembunuhan, dua wanita warga asing direman tujuh hari bermula bagi membantu siasatan kes.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Sharifah Muhaymin Abd Khalib dan prosiding dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.
Selain itu, Jabatan Kimia Malaysia juga menerima beberapa sampel daripada polis yang menyiasat kes pembunuhan Kim Jong-nam.
Sementara itu, di Kedutaan Korea Utara, dua pegawai polis Malaysia mengadakan perjumpaan dengan Duta Kang Chol.
Mereka masuk ke perkarangan kedutaan itu pada kira-kira 12.50 tengah hari dan beredar kira-kira 15 minit kemudian.
- 15 Februari
Kurang 48 jam Kim Jong-nam dibunuh, Khalid mengesahkan penahanan suspek pertama yang dipercayai pembunuh Kim Jong-nam, wanita warga negara Vietnam, Doan Thi Huong, 29.
Mayat di bawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi proses bedah siasat.
Sumber pentadbiran Amerika Syarikat (AS) memberitahu Reuters bahawa mereka percaya Jong-nam telah dibunuh menggunakan racun oleh ejen Korea Utara.
Sementara itu, Pemangku Perdana Menteri Korea Selatan, Hwang Kyo-ahn berkata pembunuhan Jong-nam menunjukkan kekejaman dan krisis kemanusiaan rejim Kim Jong Un.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Datuk Seri Mustafar Ali mengesahkan Kim Jong-nam dibunuh sebelum melepasi kaunter pemeriksaan daftar keluar.
Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Abdul Aziz Ali mengesahkan proses bedah siasat Kim Jong-nam selesai 7.30 malam.
Dalam perkembangan sama, portal media antarabangsa, Reuters yang memetik sumber pegawai kanan kerajaan Malaysia melaporkan, Korea Utara membantah bedah siasat terhadap mayat Kim Jong-nam sekaligus menuntut mayat berkenaan diserahkan kepada mereka segera.
- 14 FEBRUARI 2017
Beberapa agensi dan media Korea Selatan melaporkan Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dibunuh pada pagi Isnin, 13 Februari 2017 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).
Jong-nam dilaporkan berada di KLIA pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau, China, yang dijadualkan pada 9 pagi, 13 Februari 2017.
Jong-nam sememangnya diketahui menghabiskan banyak masanya di luar negara dan sering mengeluarkan kenyataan mengecam pemerintahan dinasti di negara itu.
Infografik: Siapa Kim Jong-nam?
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh mengesahkan seorang lelaki warga Korea Utara meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari klia2 ke Hospital Putrajaya.
- 15 Februari 2017
Seorang suspek wanita yang memiliki pasport Republik Sosialis Vietnam ditahan di klia2, tertera nama “Doan Thi Huong”, 29.
Mayat lelaki warga Korea Utara itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
- 16 Februari 2017
Seorang lagi wanita ditahan pada 2 pagi, dikenali sebagai Siti Aishah, pemegang pasport Indonesia.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu mengesahkan bahawa lelaki warga Korea Utara tersebut ialah Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
- 17 Februari 2017
Duta Korea Utara, Kang Chol mendakwa pihak berkuasa Malaysia bersekongkol dengan pihak luar bagi memberi gambaran buruk terhadap negara tersebut berhubung kematian adik pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-nam.
- 18 Februari 2017
Polis menahan lelaki rakyat Korea Utara, Ri Jong-chol, 47, yang dikenal pasti sebagai ahli kimia yang bekerja di jabatan IT sebuah syarikat di Kuala Lumpur.
- 19 Februari 2017
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid berkata polis sedang memburu tujuh lagi suspek warga Korea Utara berhubung pembunuhan itu. Rakaman melalui CCTV yang menunjukkan detik Jong-nam diserang dan peristiwa yang menyusul sehingga kematiannya, bocor dalam YouTube.
Empat suspek: Ri Ji Hyon, 33, Hong Song Hac, 34, O Jong Gil, 55 dan Ri Jae Nam, 57 - meninggalkan negara.
Tiga lagi suspek termasuk seorang lelaki rakyat Korea Utara berusia 30 tahun dikenal pasti sebagai Ri Ji U, 30. Dua suspek lain belum dikenal pasti.
- 20 Februari 2017
- 22 Februari 2017
Duta Besar Malaysia di Pyongyang, Mohamad Nizan Mohamad telah dipanggil balik ke Kuala Lumpur untuk proses perundingan.
PDRM menolak cadangan pihak berkuasa Korea Utara bagi siasatan bersama terhadap pembunuhan Jong-nam. Polis percaya keempat-empat suspek yang telah kembali ke Korea Utara memainkan peranan penting dalam pembunuhan itu.
Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Malaysia, yang menjadi suspek dalam siasatan, dikenal pasti sebagai Hyon Kwang-song, 44, sementara seorang lagi suspek ialah Kim Uk-il, 37, kakitangan syarikat penerbangan Korea Utara, Koryo Air.
- 23 Februari 2017
Pihak berkuasa Malaysia berkata Kuala Lumpur mematuhi protokol antarabangsa bagi mendapatkan kerjasama seorang pegawai kedutaan Korea Utara dalam siasatan. Polis menghantar permintaan itu kepada kedutaan melalui Kementerian Luar memohon bantuan Kwang-song untuk membantu siasatan.
- 24 Februari 2017
Bahan kimia yang dianalisis dalam siasatan pembunuhan Jong-nam dikenal pasti sebagai “ejen saraf VX”. Bahan toksik itu ialah senjata berbahaya dan disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997.
- 1 Mac 2017
Dua wanita warga asing didakwa di Mahkamah Majistret di Sepang kerana membunuh Jong-nam.
- 3 Mac 2017
Jong-chol dihantar pulang selepas dibebaskan kerana tidak cukup bukti untuk mendakwanya atas pembunuhan itu.
- 5 Mac 2017
Wisma Putra mengeluarkan perintah kepada Duta Korea Utara, Kang Chol untuk meninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam selepas gagal menghadirkan diri ke Wisma Putra.
- 6 Mac 2017
Duta Besar Korea Utara, Kang Chol yang diisytiharkan sebagai persona non grata oleh kerajaan Malaysia meninggalkan Malaysia berikutan tindakan pengusiran terhadapnya.
- 7 Mac 2017
Susulan Duta Korea Utara ke Malaysia diisytiharkan sebagai pesona non grata, Korea Utara pula mengambil tindakan tidak membenarkan rakyat Malaysia di negara mereka meninggal negara itu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga menyatakan rakyat Korea Utara tidak dibenarkan meninggalkan negara ini berkuat kuasa serta-merta.
- 9 Mac 2017
Dua rakyat Malaysia, kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibenar meninggalkan Korea Utara.
- 10 Mac 2017
Pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia yang dijadual berlangsung pada 28 Mac di Pyongyang ditunda ke tarikh lain.
- 15 Mac 2017
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata identiti Jong-nam disahkan melalui sampel DNA anak lelakinya.
- 16 Mac 2017
Polis menerima notis merah Interpol bagi menangkap empat rakyat Korea Utara berhubung pembunuhan Jong-nam.
- 16 Ogos 2018
Warga Indonesia Siti Aishah dan seorang warga Vietnam Doan Thi Huong dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini atas pertuduhan membunuh Kim Jong-nam atau Kim Chol.