Ramai pegawai dan anggota polis di negara ini dibelenggu masalah hutang yang agak serius ekoran tindakan mereka membuat pinjaman di luar kemampuan.
Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Polis Diraja Malaysia (PDRM) DCP Datuk T. Narenasagaran berkata sesetengahnya terpaksa mengalami pengurangan gaji sehingga 40 peratus dan ada yang dinasihatkan supaya tidak mengambil terlalu banyak pinjaman.
"Kami mahu anggota dan pegawai polis tidak terlalu banyak berhutang yang menyebabkan mereka sukar mengurus kewangan dengan baik.
"Kita jangan terikut-ikut kehendak keluarga, isteri dan anak-anak untuk mendapatkan sesuatu, sedangkan sebenarnya kita tidak mampu berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis perbarisan tamat latihan kursus asas konstabel sokongan PDRM di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Dungun di sini hari ini.
Beliau berkata biasanya setiap anggota atau pegawai polis yang hendak membuat pinjaman, mereka mesti memaklumkan dan mendapat kelulusan ketua mereka terlebih dahulu manakala hutang mereka akan tercatat di dalam slip gaji mereka.
Narenasagaran berkata yang menjadi masalah ialah mereka meminjam secara peribadi tanpa diketahui ketua mereka.
"Ketua Polis Negara telah mengingatkan pegawai dan anggota PDRM tentang masalah keberhutangan yang serius dalam kalangan mereka sehingga menyebabkan mereka menghadapi masalah menguruskan kewangan peribadi," katanya.
Sementara itu ketika berucap pada majlis berkenaan beliau menyarankan kepada pelatih supaya sentiasa mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi memperbaiki segala kelemahan diri untuk melahirkan anggota polis yang berkemampuan, berdedikasi dan berwibawa.
Pada majlis tamat latihan itu 199 pelatih menjalani latihan asas konstabel sokongan bermula pada 2 Okt lepas hingga hari ini.
Sepanjang empat bulan itu, pelatih didedahkan dengan pembelajaran undang-undang serta kaedah berkesan tentang pembelajaran keselamatan, pencegahan jenayah, penggunaan dan keselamatan senjata api.
Pada majlis itu tiga pelatih muncul sebagai pelatih terbaik iaitu Konstabel Mohamad Hairul Azmeer Mohd Nasir, 22, dari Machang, Kelantan dinobat Pelatih Terbaik Akademik; manakala Mohamad Faizal Abdullah, 27, dari Senai, Johor Pelatih Terbaik Keseluruhan; dan Makhzan Mukhtar, 27, dari Kuantan, Pahang sebagai Pelatih Terbaik Latihan Luar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2017
Ramai pegawai dan anggota polis dibelenggu masalah hutang yang agak serius ekoran tindakan mereka membuat pinjaman di luar kemampuan. - Gambar hiasan
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
PDRM unjur pengambilan 5,027 konstabel pada tahun ini
Terdapat keperluan untuk menambah anggota wanita bagi mengendalikan kes jenayah berkaitan wanita dan kanak-kanak.
Konstabel polis didakwa bunuh rakan sekerja
Konstabel Muhamad Nur Alif didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan itu terhadap Konstabel Norhalim di sebuah rumah di Sibu antara 5.45 pagi dan 6.30 petang pada 6 Mei.
Suami beria pilih tema 'maroon' sambut Aidilfitri - Isteri Allahyarham Norhalim
Isteri mangsa, Nor Fitrah Ramli, 25 memberitahu arwah suaminya beria-ria untuk memilih warna tersebut berbanding warna pilihannya, hijau.
Konstabel mati tertembak: 'Dia sempat beli pakaian raya untuk keluarga, bayar zakat fitrah' - Isteri
Konstabel Norhalim Tumiran yang maut akibat tertembak oleh rakan sepasukan sempat membuat persiapan hari raya buat semua ahli keluarga walaupun tidak pulang beraya.
Polis mati dengan kesan tembakan di kepala, tiga rakan direman seminggu
Tiga anggota polis ditahan reman hingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan kes seorang konstabel yang mati tertembak oleh rakan sekerja di Sibu pada Khamis.
Konstabel ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala, tiga rakan serumah direman
Polis Sarawak menahan tiga anggotanya di Sibu pada Jumaat bagi membantu siasatan terhadap rakan serumah mereka yang ditemui mati dengan kesan tembakan.
Sarjan sakit jantung, konstabel mengaku tidak bersalah seludup 27 warga India
Mereka membuat pengakuan itu pertuduhan dibacakan terhadap di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.
Terlanggar lembu melintas jalan, konstabel maut kemalangan
Mangsa, Mohamad Shahrul Izhar Ishak, 30 tahun, cedera parah di bahagian kepala serta maut dilokasi kejadian.
Tiga maut, kereta bertembung ketika ribut di Padang Besar
Kemalangan kira-kira jam 9.30 malam itu berlaku di Bukit Chabang, ketika kereta mereka bertembung dalam keadaan ribut.
Konstabel polis cabul wanita, ugut pasangan kekasih ditahan
Wanita yang merupakan pelajar institut pengajian di Seri Iskandar mendakwa dia diraba di bahagian kemaluan oleh suspek.