Pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diberi pendedahan mengenai latihan kemahiran menggunakan senjata api dalam tempoh terdekat ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Zaitun Ab Samad.
Beliau berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi berkenaan bersetuju untuk memberi latihan kemahiran menggunakan senjata api kepada pegawai dan anggota JPAM.
"Mengikut Akta Pertahanan Awam 1951, JPAM merupakan 'security force'. Dalam angkatan keselamatan terdapat tentera, polis dan JPAM. Apabila polis dan tentera keluar untuk mempertahankan negara, jadi kita yang tinggal di dalam negara menjaga keselamatan orang awam. Cuma perbezaannya anggota JPAM tidak terlibat dengan tempur senjata.
"...setakat ini, kita memberi latihan dari segi bencana, kebakaran, lemas, kecemasan...kemahiran menggunakan senjata bukan bermaksud untuk berperang, tetapi sekiranya terdapat ancaman dan kita perlu mempertahankan orang awam, maka anggota kita perlu tahu menggunakan senjata," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Malam Anugerah Kecemerlangan JPAM Perak 2014 di sini, malam tadi.
Beliau berkata latihan kemahiran itu akan dijalankan secara berperingkat bermula dengan latihan kepada pegawai tetap.
Zaitun juga mengesyorkan setiap pegawai dan anggota JPAM mempelajari seni mempertahankan diri seperti silat dan karate.
"Kita akan bekerjasama dengan agensi di bawah KDN untuk menyediakan latihan seni mempertahankan diri kepada pegawai dan anggota JPAM," katanya.
Sementara itu, Zaitun berkata sebanyak 50,000 anggota telah bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang kemungkinan pada musim kemarau ini.
"Setiap anggota JPAM telah diarahkan bersiap sedia, kita akan memberi bantuan dengan menghantar air dan sebagainya ke kawasan terlibat sekiranya kemarau berlaku," katanya.
Zaitun berkata setakat ini keadaan terkawal dan beliau mengingatkan orang ramai agar menjaga kesihatan dan tidak terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari bagi mengelak sebarang penyakit.
Bernama
Mon Mar 02 2015
ZAITUN: Pegawai dan anggota JPAM akan diberi pendedahan mengenai latihan kemahiran menggunakan senjata api dalam tempoh terdekat.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Abang mati dilanggar adik di depan rumah
Akibat salah faham, seorang abang maut dilanggar kereta oleh adiknya di Kampung Haji Bunga, Mukim Air Puteh, Pendang, Kedah, pada Khamis malam.
Sarawak: Satu lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Serian
Pusat Pemindahan banjir yang baru dibuka di Gereja Sacred Heart kira-kira 50km dari Kuching ketika ini menempatkan 51 mangsa daripada 14 keluarga.
Akibat hujan lebat, pusat bandar raya Kuching dinaiki air
Pihak bomba turut menerima tidak kurang 17 panggilan kecemasan tiap sejam mengenai banjir sejak pukul 6 pagi ini.
Mangsa banjir di Sarawak kekal 631, hujan lebat kembali cetus kebimbangan
Hujan lebat sekitar bahagian Kuching sejak awal pagi ini mencetuskan kebimbangan kemungkinan banjir kembali ke kawasan rendah terutama di sini, Serian dan Samarahan.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Kuching dan Bau meningkat awal pagi ini sehingga menjangkau 1,065 orang daripada 253 keluarga berbanding 765 orang daripada 175 keluarga malam tadi.
Banjir Sungai Siput mula surut, 79 mangsa masih di pusat pemindahan
Anggota JBPM masih lagi dalam keadaan berkawal dan berjaga-jaga bagi sebarang kemungkinan sekiranya paras air akan meningkat pada sebelah petang Isnin.
Banjir di Sungai Siput, 75 orang dipindahkan
Seramai 75 penduduk kampung Lintang dan Kampung Tok Sirat, terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di kampung masing-masing selepas rumah mereka dinaiki air sejak awal pagi Ahad.
Tidak sampai 24 jam, Raub kembali buka pusat pemindahan banjir
Daerah Raub kembali membuka tiga lagi pusat pemindahan banjir baharu bagi menempatkan seramai 81 orang daripada 14 keluarga.
Pegawai, anggota JPAM akan dilatih kemahiran guna senjata api
Pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diberi pendedahan mengenai latihan kemahiran menggunakan senjata api dalam tempoh terdekat ini.
Penduduk Ringlet dan Lembah Bertam dibenar pulang ke rumah - polis
Penduduk di sekitar Ringlet dan Lembah Bertam dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan keadaan cuaca yang cerah sejak semalam dan paras ais Sungai Ringlet kembali normal.