KUALA LUMPUR: Perancangan dan pembangunan bandar hendaklah diseimbangkan dengan pemeliharaan dan keselesaan awam.
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, prinsip yang perlu dipegang ialah pembangunan mampan dan holistik dalam komuniti yang wujud dalam banyak ajaran agama, termasuk Islam.
"Surah Ar-Rum ayat 41 menyampaikan mesej yang mendalam tentang keterkaitan antara perbuatan manusia dan akibatnya, ia menonjolkan bagaimana kerosakan yang nyata di darat dan laut, akibat perbuatan manusia, membawa mereka kepada kesan dalam aspek pembandaran.
"Ayat ini diterjemahkan kepada seruan untuk perancangan bandar yang bertanggungjawab dan bertimbang rasa untuk mencegah kemerosotan alam sekitar dan untuk menggalakkan kesejahteraan generasi sekarang dan akan datang," katanya.
Jelasnya, contoh paling mudah ialah Kota Madinah yang pembangunannya mencerminkan penekanan Islam terhadap masyarakat dan perpaduan sosial.
Beliau juga menegaskan kepentingan kerajaan tempatan untuk bertindak secara telus dan terbuka bagi mewujudkan kemajuan mampan, dan proses kehakiman akan memastikan semua kuasa boleh dikawal.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama Persidangan Nasional Undang-Undang Kerajaan Tempatan 2023: Mengemudi Cabaran, Memampan Masa Hadapan, pada Rabu.
Persidangan dua hari itu bertujuan menyingkap dan membahas isu-isu penting berkaitan tugas, peranan dan tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pihak berkepentingan berkaitan, dengan menampilkan para penceramah dan ahli panel yang berpengalaman dan berpengetahuan luas sama ada dalam bidang undang-undang dan perlaksanaannya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam ucapannya berkata, kerajaan sentiasa cuba memperbaiki kelompongan dalam polisi dan undang-undang berkaitan, namun kebanyakan isu yang timbul tidak hanya berpunca daripada kelemahan akta atau pelaksanaan.
Sebaliknya, semua pihak dan agensi terbabit perlu memberi kerjasama dari peringkat awal bagi membolehkan semua projek dan perancangan berjalan lancar.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam ucapannya berkata, kerajaan sentiasa cuba memperbaiki kelompongan dalam polisi dan undang-undang berkaitan, namun kebanyakan isu yang timbul tidak hanya berpunca daripada kelemahan akta atau pelaksanaan.
Sebaliknya, semua pihak dan agensi terbabit perlu memberi kerjasama dari peringkat awal bagi membolehkan semua projek dan perancangan berjalan lancar.
"Tetapi PBT terpaksa mengejar semua agensi yang terlibat untuk mematuhi perkara tersebut dan perkara ini tidak berlaku seperti yang kita harapkan.
"Ada pihak yang tak beri kerjasama sepenuhnya bila dipanggil untuk beri ulasan sampai masa pemajuan telah berlaku, baru keluar ulasan, ada permintaan tambahan dan sebagainya, yang akhirnya kena adalah PBT," katanya.
Madiha Abdullah
Wed Sep 20 2023

Kata Tengku Maimun, contoh paling mudah ialah Kota Madinah yang mencerminkan penekanan Islam terhadap masyarakat dan perpaduan sosial. - Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Nik Elin, anak 'busybody' cabar undang-undang syariah - Hakim Besar Sabah dan Sarawak
Peguam Nik Elin Zurina dan anaknya, mesti menunjukkan hak asasi pempetisyen terjejas secara negatif oleh enakmen negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Pegang prinsip pembangunan bandar mampan untuk manfaat semua - Tengku Maimun
Kata beliau, contoh paling mudah ialah Kota Madinah yang mencerminkan penekanan Islam terhadap masyarakat dan perpaduan sosial.

Najib kekal dipenjara, mahkamah tidak benar semak kes SRC International
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta.

"Badan kehakiman tiada agenda lain, selain menegakkan undang-undang" - Tengku Maimun
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menegaskan badan kehakiman di negara ini tiada agenda lain selain menegakkan undang-undang.

Hakim perlu bebas dari sebarang pengaruh - Ketua Hakim Negara
Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, badan kehakiman adalah satu konsep yang wujud dalam kerangka sistem keadilan.

Jamal Yunos gagal dapat kebenaran merayu untuk ketepi keputusan didapati memfitnah Maria Chin
Panel tiga hakim menolak permohonan Jamal, mengatakan bahawa mahkamah tertinggi itu tidak bersetuju dengan hujah peguam V. Mugunthan bahawa kebenaran merayu didengar atas meritnya.

Istana Kelantan sangkal dakwaan Tengku Maimun dilarang ke Istana
Menurut Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan kenyataan seperti yang disiarkan oleh portal itu adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas.

Hentikan serangan ke atas institusi kehakiman - Pakatan Harapan
Majlis Presidennya dalam satu kenyataan berkata, kebebasan institusi kehakiman negara mesti dipertahankan sepanjang masa.

Lelaki disyaki ancam dan ugut Ketua Hakim Negara ditahan - PDRM
Polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun berhubung ancaman dan ugutan yang dibuat menerusi media sosial terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ugutan ke atas Ketua Hakim, ambil tindakan segera - AMK
Percubaan mengheret semua pihak termasuk mahkamah dan sistem keadilan untuk mengikut rentak dan kehendak pihak tertentu disifatkan melampau.