PUTRAJAYA: Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos gagal mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan mahkamah yang mendapati beliau mengeluarkan kenyataan memfitnah bekas pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
Panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan Jamal, mengatakan bahawa mahkamah tertinggi itu tidak bersetuju dengan hujah peguam V. Mugunthan bahawa kebenaran merayu didengar atas meritnya.
"Ini adalah keputusan sebulat suara, sama ada perkara ini mempunyai merit untuk hujah di Mahkamah Persekutuan. Kami (panel hakim) tidak ke arah memberikan kebenaran untuk merayu. Oleh itu, kami menolak permohonan dengan kos RM30,000," kata Tengku Maimun ketika menyampaikan keputusan itu hari ini secara dalam talian selepas mendengar hujahan daripada Mugunthan, yang mewakili Jamal dan peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, mewakili Maria.
Hakim lain dalam panel itu ialah hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Pada 8 Mac, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Jamal untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bertanggungjawab memfitnah Maria, yang kini merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Abdul Karim Jalil, Datuk Gunalan Muniandy dan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bagaimanapun membenarkan rayuannya untuk mengurangkan kuantum ganti rugi sebanyak RM300,000 yang sebelum ini diberikan Mahkamah Tinggi kepada Maria, kepada RM150,000.
Ahmad Zaidi, yang menyampaikan keputusan sebulat suara itu berkata mahkamah bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa kenyataan yang diucapkan oleh Jamal akan mempunyai kesan menjatuhkan reputasi Maria di mata masyarakat dan boleh menimbulkan kebencian kepada wanita itu.
Beliau berkata Jamal juga gagal menunjukkan bahawa hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab terkhilaf dalam keputusannya bahawa dua kenyataan yang diucapkan Jamal merujuk kepada Maria dan Mahkamah Rayuan mendapati tiada merit dalam rayuan Jamal mengenai liabiliti.
Maria mengambil tindakan undang-undang terhadap Jamal kerana memfitnah dengan mengaitkan beliau dan Bersih 2.0 dengan kumpulan militan Daish.
Dalam samannya yang difailkan pada 7 Okt 2016, beliau mendakwa Jamal telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya dan Bersih, yang disiar dan diterbitkan oleh media dalam talian, cetak dan elektronik, semasa sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 28 Sept 2016 dan kemudiannya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 4 Okt 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022

Pada 8 Mac, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Jamal untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bertanggungjawab memfitnah Maria, yang kini merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya. - Gambar fail/BERNAMA

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Indonesia lancar dana kekayaan berdaulat bernilai AS$900 bilion
"Danantara akan menjadi pemangkin kemajuan, menghubungkan pelaburan dengan projek utama, mempercepatkan pembangunan ekonomi."

Bayaran tunggakan pencen RM1.7 bilion kiraan kasar, bukan ancaman - KPPA
Ia pengiraan kasar dibuat berdasarkan data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide.

Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini.

Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.

Anak nafi khabar angin Jamal Yunos nazak
Jamal ketika ini menjalani tempoh rawatan akibat kanser paru-paru tahap empat di Pusat Perubatan Prince Court sejak Khamis lalu.

Khir Toyo terima amaran Lembaga Disiplin UMNO
Mohd Hafarizam berkata, Mohamad Khir didapati melemparkan tohmahan terhadap Jamal menerusi kenyataannya antara 1, 5 dan 8 Mac.

PRU15: Jamal Yunos buat laporan polis poster fitnah tular
Calon BN Sungai Besar PRU15, Jamal Md Yunos membuat laporan polis berhubung poster papan iklan yang digunakan dalam kempen PRK Sungai Besar pada 2016.

Jamal Yunos gagal dapat kebenaran merayu untuk ketepi keputusan didapati memfitnah Maria Chin
Panel tiga hakim menolak permohonan Jamal, mengatakan bahawa mahkamah tertinggi itu tidak bersetuju dengan hujah peguam V. Mugunthan bahawa kebenaran merayu didengar atas meritnya.

BN platform terbaik penyatuan kaum, generasi, kumpulan - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan itu berkata demikian selepas dilantik sebagai Bendahari BN Selangor, pada Ahad.

Jangan salah faham isu Tengku Zafrul calon Parlimen Sungai Besar - Jamal Yunos
UMNO bahagian itu terbuka untuk menerima sesiapa sahaja pemimpin termasuk menteri daripada parti itu untuk membantu Selangor.

Kes saman selesai, Jamal Yunos mohon maaf kepada Yeo
Membacakan kenyataan maaf itu di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jamal berkata beliau memohon maaf kerana memfitnah Yeo sebelum ini.

Jamal Yunos mengaku tidak bersalah tinggalkan negara secara haram
Mengikut pertuduhan, Datuk Seri Jamal Md Yunos didakwa tanpa sebab yang munasabah telah meninggalkan Malaysia tanpa melalui laluan yang dibenarkan.

Jamal mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Sungai Besar, di sini, sebentar tadi.