KUALA LUMPUR: Kedua-dua sistem kehakiman dan penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) perlu berusaha untuk memberikan keputusan yang munasabah semasa membuat keputusan dalam sebarang kes secara bebas, adil, dan tanpa rasa gentar atau pilih kasih, kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Beliau berkata kebebasan badan kehakiman adalah satu konsep yang wujud dalam kerangka sistem keadilan.
"Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Nazrin (Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah) juga baru-baru ini bertitah mengenai perkara ini. Titah baginda: "Tidak seharusnya ada sebarang keraguan, dan hakim mestilah bebas daripada sebarang pengaruh atau tekanan".
"Walaupun titah DYMM Tuanku adalah berhubung dengan Mahkamah Syariah, pertimbangan berhubung dengan Badan Kehakiman Malaysia dan juga sistem ADR, tetap sama. Kedua-dua sistem harus berusaha untuk memberikan keputusan yang wajar sambil menghakimi kes secara bebas, adil dan tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Persidangan Minggu SDR Asia 2022 Keempat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di sini semalam.
Sultan Nazrin Shah turut menyampaikan ucaptama di majlis itu.
Selain itu Tengku Maimun berkata badan kehakiman memperakui peranan penting yang dimainkan oleh penimbang tara dan lain-lain mekanisme ADR.
Beliau berkata mekanisme ADR seperti pengantaraan, rundingan dan timbang tara menawarkan peluang kepada pihak terbabit untuk menyelesaikan pertikaian mereka tanpa proses litigasi yang panjang dan meleret-leret.
Tengku Maimun bagaimanapun menambah bahawa terdapat pandangan yang berbeza mengenai bagaimana hubungan antara mahkamah dan institusi timbang tara harus dilihat.
"Boleh juga dikatakan bahawa jalan penyelesaian pertikaian itu tergolong dalam dua alam yang bersaing, berbeza antara satu sama lain, bagaimanapun saya percaya bahawa kedua-dua jalan penyelesaian pertikaian ini saling melengkapi antara satu sama lain dalam usaha mencari keadilan," katanya.
Tengku Maimun berkata badan kehakiman Malaysia akan terus menyokong perkembangan ADR.
"Dengan AIAC terus mempromosi dan menyokong ADR, dan dengan sokongan berterusan daripada badan penyelesaian pertikaian lain yang berkaitan, saya yakin masa depan ADR adalah selamat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
Tengku Maimun berkata badan kehakiman memperakui peranan penting yang dimainkan oleh penimbang tara dan lain-lain mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif. - Gambar fail/BERNAMA
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
UNICEF gesa pindaan untuk lindungi saksi kanak-kanak dalam sistem kehakiman Malaysia disokong
Usaha memastikan mangsa-mangsa yang muda boleh memberikan bukti terbaik mereka tanpa rasa takut atau dalam tekanan yang tidak sepatutnya.
Penunjuk perasaan berhimpun di seluruh Israel menjelang undian terakhir had kuasa mahkamah
Puluhan ribu rakyat Israel melakukan demonstrasi di seluruh negara pada petang Sabtu menentang rancangan kerajaan untuk merombak sistem kehakiman, lapor Xinhua.
Raja Thailand rasmi sidang Parlimen untuk pilih perdana menteri baharu
Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn, pada Isnin berkenan merasmikan sesi Parlimen baharu yang akan melantik perdana menteri baharu dan membentuk kerajaan pada Selasa.
[KOLUMNIS] Penimbang tara cenderung bagi penyelesaian alternatif
Kes Sulu mencerminkan bagaimana proses timbang tara boleh juga disalahgunakan untuk mengancam negara-negara berdaulat.
Hakim perlu bebas dari sebarang pengaruh - Ketua Hakim Negara
Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, badan kehakiman adalah satu konsep yang wujud dalam kerangka sistem keadilan.
Kes SRC Najib: Negara luar beri reaksi positif keputusan mahkamah - Saifuddin
Keputusan Mahkamah Persekutuan membuktikan sistem kehakiman negara masih berintegriti tinggi, bebas, telus dan menjamin keadilan.
Kes SRC International: Semua pihak perlu hormati sistem kehakiman negara - Chandra Muzaffar
Sistem kehakiman adalah penting buat negara dan setiap keputusan dibuat berdasarkan hujah-hujah yang kukuh.
Sidang pertama pendengaran kes Mahkamah Utama Syariah Perak hari ini
Pihaknya juga dalam perancangan untuk menubuhkan Mahkamah Utama Syariah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan terlebih dahulu, sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.
Antara nasi beriani, Malaysia Baharu dan sistem kehakiman - Hamid Backer
Akui dirinya pernah menjadi tukang masak nasi beriyani kepada lebih 10,000 orang tetamu, tidak bermakna apabila beliau menjadi hakim, beliau boleh diganggu dalam penghakimannya.
Kes saman: Pembangkang Sabah yakin keputusan mahkamah berpihak kepada mereka
Datuk Jeffrey Kitingan bagaimanapun turut meluahkan kebimbangan sekiranya wujud 'tangan-tangan ghaib' dari sistem kehakiman negara.