Sejarah bakal tercipta hari ini dalam sistem perundangan syariah negara, apabila Mahkamah Utama Syariah Perak bersidang buat pertama kali, sejak pengumuman penubuhannya dalam Dewan Undangan Negeri Perak 5 Dis 2018.
Sidang pertama itu akan dibarisi panel tiga hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Perak Datuk Asa'ari Mohd Yazid, mantan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, bagi mendengar permohonan kebenaran merayu melibatkan satu kes harta sepencarian.
Mohd Na'im yang juga Ketua Pengarah JKSM berkata, untuk rekod, Perak adalah satu-satunya negeri yang mewujudkan Mahkamah Utama Syariah, sekali gus mempunyai empat lapisan mahkamah dalam sistem kehakiman syariah di negeri itu.
“Sementara bagi negeri-negeri lain setakat ini hanya mempunyai tiga peringkat lapisan mahkamah, iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, dan Mahkamah Rayuan Syariah,” katanya ketika dihubungi Bernama, bagi menjelaskan mengenai penubuhan Mahkamah Utama Syariah itu.
Pewujudan Mahkamah Utama Syariah itu, selepas mendapat perkenan daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Mohd Na’im berkata, bagi kes yang bermula di peringkat Mahkamah Tinggi Syariah seperti kes tuntutan harta sepencarian dan kes tuntutan hadanah (hak jagaan anak), hak merayu hanya sekali sahaja, iaitu di Mahkamah Rayuan Syariah, sedangkan kebanyakan kes itu adalah berat dan nilai tuntutannya lebih tinggi.
“Dengan wujudnya Mahkamah Utama Syariah iaitu satu lagi lapisan mahkamah selepas Mahkamah Rayuan Syariah, pihak-pihak yang bertikai memperolehi dua kali peluang merayu, dalam memastikan proses keadilan dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.
Mohd Na'im berkata, pihaknya juga dalam perancangan untuk menubuhkan Mahkamah Utama Syariah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan terlebih dahulu, sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.
“Namun ia bergantung kepada perkenan Sultan, Majlis Agama Negeri-Negeri & Kerajaan Negeri,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 16 2020
![Sidang pertama pendengaran kes Mahkamah Utama Syariah Perak hari ini Sidang pertama pendengaran kes Mahkamah Utama Syariah Perak hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51594876765_MahkamahUtama.jpg)
Pewujudan Mahkamah Utama Syariah itu mendapat perkenan daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. --fotoBERNAMA
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
Kim Pan-gon, bakal menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Hasil kajian universiti bantu penghakiman Mahkamah Syariah Hasil kajian universiti bantu penghakiman Mahkamah Syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599201144_TBNORDINKARDIUSAS.jpg)
Hasil kajian universiti bantu penghakiman Mahkamah Syariah
Ketua Hakim Syarie Perak, Datuk Asa'ari Mohd Yazid berkata, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah lazimnya akan diguna pakai sebagai panduan oleh masyarakat.
![Mahkamah Utama Syariah Perak beri kebenaran merayu dalam kes tuntutan harta sepencarian Mahkamah Utama Syariah Perak beri kebenaran merayu dalam kes tuntutan harta sepencarian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81594936935_BPKETUAHAKIMSYARIE.jpg)
Mahkamah Utama Syariah Perak beri kebenaran merayu dalam kes tuntutan harta sepencarian
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Perak Datuk Asa'ari Mohd Yazid memulakan sesi pendengaran itu pada 3 petang.
![Sidang pertama pendengaran kes Mahkamah Utama Syariah Perak hari ini Sidang pertama pendengaran kes Mahkamah Utama Syariah Perak hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51594876765_MahkamahUtama.jpg)
Sidang pertama pendengaran kes Mahkamah Utama Syariah Perak hari ini
Pihaknya juga dalam perancangan untuk menubuhkan Mahkamah Utama Syariah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan terlebih dahulu, sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.
![Mahkamah Syariah Perak pertama guna kaedah e-payment Mahkamah Syariah Perak pertama guna kaedah e-payment](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51593143925_MahkamahSyariah.jpg)
Mahkamah Syariah Perak pertama guna kaedah e-payment
Merangkumi kategori pembayaran seperti pendaftaran kes dan pembayaran denda yang akan berkuat kuasa 1 Julai depan.