KUALA LUMPUR: Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman SAC Wan Rukman Wan Hassan antara tujuh pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 20 Sept depan.
Supt Komunikasi Korporat PDRM Supt A. Skandaguru berkata, Wan Rukman dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Beliau berkata, pertukaran lain melibatkan Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-Undang JSJ ACP S. Shanmugamoorthy dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod JSJ Bukit Aman, dengan memangku pangkat SAC.
"Pertukaran lain melibatkan Ketua Jabatan Pengurusan Pahang ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuantan, manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew, dilantik sebagai Penolong Pengarah (D14) Siasatan Jenayah Terancang JSJ Bukit Aman," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Penolong Pengarah (D14) Siasatan Jenayah Terancang JSJ Bukit Aman ACP Azman Ali dilantik sebagai Ketua JSJK Selangor, manakala Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Komputer/Internet/Harta Intelek/Cakera Optik) JSJK Bukit Aman, dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Pahang dengan memangku pangkat ACP.
Berikutan itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu DSP Ismail Man dilantik sebagai Ketua JSPT Terengganu dengan memangku pangkat Supt.
Bernama
Tue Aug 17 2021
Wan Rukman adalah antara tujuh pegawai kanan PDRM yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 20 Sept depan. - Gambar hiasan
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Remaja tembak diri sendiri selepas bunuh rakan
Seorang remaja menembak diri sendiri hingga maut selepas menembak mati seorang remaja di kafeteria di sekolah tinggi antioch di Nashville.
Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM
Difahamkan kejadian itu ada kaitan dengan isu penjualan produk sandwich ham dan keju yang mencetus kontroversi, baru-baru ini.
Himpunan Rakyat Benci Rasuah: Polis sahkan terima notis 'tidak lengkap'
Polis sahkan menerima notis pemberitahuan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang akan diadakan pada Sabtu ini.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
Polis buat pengesahan sijil nikah anak menteri didakwa rogol
Polis sedang membuat pengesahan salinan asal sijil perkahwinan yang dikaitkan dengan dakwaan kes rogol melibatkan anak seorang menteri, seperti yang tular baru-baru ini.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Januari 2025.
Polis Selangor tangguh semua permit konsert berkuat kuasa serta-merta
Polis Selangor menangguhkan sementara semua permit penganjuran konsert di negeri itu susulan penyalahgunaan dadah di konsert Pinkfish di Bandar Sunway, pada sambutan ambang tahun baharu.
Edar risalah Kristian secara terbuka, polis buru tiga individu termasuk warga asing
Polis sedang memburu tiga individu termasuk dua lelaki warga asing yang dipercayai mengedarkan risalah agama Kristian secara terbuka di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak.
Guru agama warga Afrika ditahan rotan anak murid enggan baca al-Quran
Gara-gara enggan membaca al-Quran seperti yang ditunjuk ajar, seorang kanak-kanak lelaki warga Afika berusia 12 tahun dipukul guru agama dengan menggunakan rotan.
KBS tunggu laporan lengkap punca pergaduhan penyokong di stesen LRT
KBS masih belum menerima laporan lengkap berhubung punca pergaduhan antara dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, pada Jumaat.