Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi mengesahkan identiti militan kelahiran Malaysia, Dr Mahmud Ahmad, yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran dengan tentera negara itu pada 18 Oktober lepas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata PDRM telah menghubungi pihak berkuasa Filipina dan bersedia menghantar pasukan forensik ke negara itu bagi membuat pengecaman mayat Mahmud.
Katanya, pihaknya juga telah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada anak Mahmud beberapa hari lepas sebagai persediaan jika terdapat permintaan daripada pihak berkuasa Filipina untuk ujian itu dilakukan.
"Buat masa ini yang terbaik kita boleh lakukan ialah menghubungi pihak berkuasa Filipina untuk membantu kita mendapatkan akses kepada mayat (jika ditemui).
"Kita akan buat ujian DNA dan jika sah itu mayat arwah serta ada permintaan daripada keluarga untuk kita bawa pulang, kita akan usahakan perkara itu," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.
Bagaimanapun, Mohamad Fuzi berkata buat masa ini pihaknya masih belum menerima sebarang permintaan daripada pihak berkuasa negara itu untuk proses pengecaman mayat.
Ditanya sama ada PDRM telah menerima pengesahan mengenai kematian Mahmud, beliau berkata buat masa ini maklumat yang diterima adalah berdasarkan kenyataan pihak berkuasa Filipina dan Presiden negara itu Rodrigo Duterte.
"Jadi kita tidak dapat mengesahkan secara tepat kerana berdasarkan kenyataan itu kita dimaklumkan arwah terbunuh dalam satu pertempuran di Marawi City. Secara terperinci saya tidak boleh komen," katanya.
Media antarabangsa melaporkan, menurut tentera Filipina, Mahmud berkemungkinan besar terbunuh dalam pertempuran pada tengah malam 18 Okt lepas, yang turut mengorbankan 13 pemberontak di Marawi, Filipina.
Menurut laporan itu, bekas pensyarah universiti itu dipercayai berperanan penting dalam membiayai gerakan militan di Marawi yang dikepung sejak hampir lima bulan lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2017
![PDRM sedia bantu sahkan identiti Dr Mahmud PDRM sedia bantu sahkan identiti Dr Mahmud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508226516_KetuaPolisNegara.jpg)
PDRM bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi mengesahkan identiti militan Malaysia, Dr Mahmud Ahmad yang dilaporkan maut dalam pertempuran di Marawi City.
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi [KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
Jiwa SME: Kejayaan lebih 30 tahun dalam industri penternakan kambing
Osman Goat Farm, yang dimiliki oleh Osman Cheya Kutty dari Johor Bahru, telah bertahan lebih dari tiga dekad dalam industri penternakan. Dengan dedikasi dan inovasi, Osman Goat Farm telah membuktikan bahawa kesungguhan dan strategi yang tepat adalah kunci kejayaan dalam industri penternakan. Produk berkualiti tinggi dan teknologi terkini terus menjadi asas kepada kejayaan.
![Polis sahkan rangka milik 'Hafiz' Polis sahkan rangka milik 'Hafiz'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720109251_HafizFauzan.jpg)
Polis sahkan rangka milik 'Hafiz'
Polis mengesahkan rangka manusia yang ditemukan di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, di Jalan Yong Peng, dekat sini, pada 24 Jun, milik remaja yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.
![Dua anggota polis parah, suspek dikejar maut dalam kemalangan Dua anggota polis parah, suspek dikejar maut dalam kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720098209_kemalangan.jpg)
Dua anggota polis parah, suspek dikejar maut dalam kemalangan
Dua anggota dari Cawangan Unit Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar cedera parah manakala seorang suspek maut, selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Benteng Parit Kongsi 4.
![Rangka manusia dijumpai di Gemas Rangka manusia dijumpai di Gemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691223118_garisanpolispolic.jpg)
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
![DNA kini boleh diambil daripada pendingin hawa bagi tujuan forensik DNA kini boleh diambil daripada pendingin hawa bagi tujuan forensik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
DNA kini boleh diambil daripada pendingin hawa bagi tujuan forensik
Setiap benda hidup menghembuskan DNA dalam bentuk air liur atau wap yang dikeluarkan ketika bernafas.
![Tulang dijumpai di Tongkang Pechah milik Bella - Polis Tulang dijumpai di Tongkang Pechah milik Bella - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709791946_TBLokasipenemuan.jpg)
Tulang dijumpai di Tongkang Pechah milik Bella - Polis
Polis mengesahkan beberapa tulang yang ditemui di kawasan rumah terbiar di Tongkang Pechah di Batu Pahat pada 28 Feb lepas milik mangsa kes pembunuhan, Bella.
![Rangka manusia sah milik Bella - Polis Rangka manusia sah milik Bella - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706010491_TBRANGKABELLA.jpg)
Rangka manusia sah milik Bella - Polis
Laporan mengesahkan hasil analisis DNA didapati ia sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kakak Bella yang dilaporkan hilang Disember lalu.
![Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan sudah 90 peratus - KPN Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan sudah 90 peratus - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701428445_RazarudinHusain.jpg)
Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan sudah 90 peratus - KPN
Siasatan melibatkan pelbagai sudut, termasuk saintifik, forensik serta konvensional, dan selain itu polis sedang memperincikan identiti suspek.
![Polis kesan dua kanak-kanak nampak Zayn Rayyan di Blok R sebelum hilang Polis kesan dua kanak-kanak nampak Zayn Rayyan di Blok R sebelum hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702544395_TBZaynjpg.jpg)
Polis kesan dua kanak-kanak nampak Zayn Rayyan di Blok R sebelum hilang
Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember lalu.
![Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh dikenal pasti - Polis Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh dikenal pasti - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695029136_Anakhilang.jpg)
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh dikenal pasti - Polis
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh yang ditemukan berhampiran sebuah kebun kelapa sawit pada 16 Sept lepas telah dikenal pasti.
![Saintis China bangunkan program peranti komputer berasaskan DNA Saintis China bangunkan program peranti komputer berasaskan DNA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685101728_Computercode.jpg)
Saintis China bangunkan program peranti komputer berasaskan DNA
Litar bersepadu terkenal yang digunakan dalam dekad yang lepas kebanyakannya terdiri daripada elektronik dan fotonik berdasarkan semikonduktor.