KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas pelbagai jenis dadah seberat 27 tan metrik bernilai hampir RM1 bilion bagi tempoh Januari hingga 30 Nov lepas.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata antara dadah yang paling banyak dirampas adalah syabu sebanyak 7.9 tan dan ephedrine (5.6 tan).
Beliau berkata berdasarkan rekod operasi, kejayaan membanteras sindiket pengedaran dadah terbesar pada tahun ini adalah di Johor dan Pulau Pinang yang menjadi lokasi transit bagi sindiket dadah.
Bagaimanapun, katanya jumlah tangkapan berkaitan dadah pada tahun ini berkurang 13 peratus melibatkan 120,000 orang berbanding 137,738 orang pada 2020.
"PDRM mendapati 30 peratus banduan di Malaysia terlibat dengan dadah dan ini mengurangkan lagi produktiviti negara kerana pihak kerajaan perlu menambah kos pemulihan, penambahbaikan bangunan dan sebagainya," katanya dalam sidang media khas di Kompleks Narkotik Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Dalam pada itu, Razarudin berkata 346 warga PDRM terlibat dengan kes dadah bagi tempoh sama.
Beliau berkata seramai 340 penjawat awam turut terlibat dalam kes berkenaan, selain anggota tentera (104) dan bomba (14).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata antara dadah yang paling banyak dirampas adalah syabu sebanyak 7.9 tan dan ephedrine (5.6 tan). - Foto BERNAMA
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Norhizam dilantik Ketua Polis Daerah Sepang
ACP Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu berkuat kuasa hari ini.
PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan pada 1 November.
Kes buli pegawai kadet, PDRM sedia siasat jika ada laporan polis - KPN
Razarudin mengesahkan setakat ini belum ada mana-mana pihak tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu termasuk mangsa.
Rakyat Malaysia jadi tentera upahan: PDRM berhubung dengan Kedutaan Rusia
PDRM telah berhubung dengan pihak Kedutaan Rusia bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dakwaan seorang warga tempatan terlibat sebagai tentera upahan asing dalam konflik Ukraine dan Rusia.
Kes culik ahli perniagaan: Polis jumpa semula RM7.2 juta wang tebusan
Polis berjaya menemukan semula RM7.2 juta daripada kira-kira RM20 juta wang tebusan yang dibayar keluarga seorang ahli perniagaan yang diculik dalam kejadian pada 13 Okt lepas.
707 mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di luar negara diselamatkan
Sejumlah 707 mangsa warganegara Malaysia yang terlibat dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara berjaya diselamatkan dan dihantar pulang ke tanah air setakat semalam.
Polis siasat kesahihan kad pengenalan, lesen memandu ditemukan di Ukraine - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kesahihan maklumat berhubung dakwaan penemuan kad pengenalan dan lesen memandu Malaysia dipercayai milik rakyat negara ini di Ukraine.
PDRM, agensi lain sentiasa bekerjasama kekang penyeludupan dadah - Pengarah JSJN
Polis akan sentiasa bekerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mengekang aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini.
Polis siasat kewujudan kumpulan 'sexual grooming' - KPN
PDRM sudah memulakan siasatan berhubung kewujudan kumpulan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming) di akaun media sosial.
Serah pada polis siasat kes kibar bendera negara asing - TPM Zahid
Ahmad Zahid memberi kepercayaan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat insiden perarakan mengibarkan bendera negara China di Teluk Intan.