Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP) tiada masalah berhubung cadangan penaiktarafan tembok sempadan antara kedua-dua negara bila keputusan dibuat oleh kerajaan masing-masing.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata PDRM dan RTP akur dengan apa sahaja keputusan dibuat berhubung penaiktarafan tembok sempadan itu.
Beliau bercakap kepada pemberita di sini pada Selasa sebagai mengulas tentang status terkini cadangan penaiktarafan tembok tersebut.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menyelaras spesifikasi teknikal cadangan menaik taraf tembok sempadan antara Malaysia dan Thailand.
Beliau dilaporkan berkata penyelarasan berkenaan akan dibuat berdasarkan keperluan strategik negara dan implikasi kewangan.
Pembinaan tembok berkenaan di garisan sempadan Malaysia-Thailand telah dipersetujui bersama dalam mesyuarat 'Land Boundary Committee' MALTHAI ke-25 Ogos lepas.
Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata PDRM dan RTP akan terus bekerjasama dalam menangani jenayah rentas sempadan termasuk bertukar-tukar maklumat dan penekanan terhadap risikan antara kedua-dua pihak.
Misalnya, kata beliau, menerusi mesyuarat tahunan Jawatankuasa Sempadan Malaysia-Thailand pihaknya akan sentiasa memberi cadangan terbaik kepada kerajaan dalam menangani isu jenayah rentas sempadan.
Katanya, kerjasama baik antara PDRM dan RTP bukan sahaja menerusi tugasan rasmi tetapi juga sukan.
Ini dapat dilihat pada perlawanan ragbi tahunan antara PDRM dan RTP.
Terdahulu pada sebelah petang, beliau bersama rakan sejawatan, Commissioner General Polis Diraja Thailand General Chaktip Chaijinda menyaksikan perlawanan pada Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse di Stadium Universiti Teknologi Malaysia, di sini.
Mohamad Fuzi berkata kejohanan itu yang diadakan sejak tahun 1961 merupakan acara tahunan antara kedua pihak, yang dilihat sangat efektif dalam mempererat hubungan dua negara.
Pada kejohanan kali ini, PDRM berjaya mengalahkan pasukan RTP, sekaligus mencatatkan kemenangan ketujuh daripada 33 pertemuan yang telah berlangsung.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2019

Mohamad Fuzi bersama rakan sejawatannya dari Thailand Komisioner General Chaktip Chaijinda (kanan) dan Naib Canselor UTM Datuk Ir Dr Wahid Omar di Kejohanan Ragbi Tradisional ke-33 Piala Rujirawongse di Skudai pada Selasa. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

15 rakyat Malaysia dipaksa jadi 'scammer' pelaburan, penipuan cinta di Myanmar - KPN
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.

KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo.

Insiden tembakan: Polis tingkat keselamatan di pusat beli belah, lokasi tumpuan
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor di sini, malam tadi.

Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.

Isu jenaka "ham": Polis sambung reman lelaki disyaki ugut pelawak, keluarga
Tempoh reman seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya, disambung tiga hari hingga Jumaat ini.

Suspek ugut Harith Iskander, keluarga ditahan polis - KPN
Suspek berusia 31 tahun itu direman sehingga 28 Januari ini untuk membantu siasatan.

Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.

Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.

Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.