SHAH ALAM : Pejabat Peguam Negara mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan kertas siasatan berhubung penerbitan buku My Story: Justice in the Wilderness hasil penulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saadudin berkata, kertas siasatan sebelum ini telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, namun pihaknya diarahkan untuk melengkapkan beberapa maklumat berkaitan.
"Kertas siasatan berkaitan buku My Story: Justice in Wilderness telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan telah diterima semula pada 25 Oktober dengan arahan agar beberapa tindakan lanjut diambil bagi melengkapkan siasatan.
"PDRM sedang dalam tindakan melengkapkan siasatan sepertimana arahan. Kertas siasatan akan segera dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk nasihat dan arahan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Pada 1 Oktober Sinar Harian melaporkan, kertas siasatan berkaitan buku terbabit akan dirujuk semula ke Pejabat Peguam Negara pada 3 Oktober susulan laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas dakwaan-dakwaan dalam buku itu.
Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agensi penguat kuasa melaksanakan siasatan lanjut bagi menyiasat kemungkinan salah laku Tommy berhubung pelbagai dakwaan yang terkandung dalam buku berkenaan.
Berdasarkan siasatan, pasukan khas itu telah mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku berkenaan kepada empat isu utama iaitu dakwaan ke atas badan kehakiman, pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan, tindakan tidak sah, salah guna kuasa serta kecuaian profesional dan kenyataan berbaur hasutan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 28 2022
Kertas siasatan sebelum ini telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, namun PDRM diarahkan untuk melengkapkan beberapa maklumat berkaitan. - Gambar fail
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Pensijilan halal: Kertas siasatan ke atas Teresa Kok sudah diserahkan kepada AGC - KPN
Kertas siasatan membabitkan Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai pensijilan halal sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.
Kertas siasatan Ketua Pemuda UMNO, dirujuk Pejabat Peguam Negara minggu depan - KPN
Kertas siasatan kes Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah dijangka siap lima hari lagi.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan buku Tommy Thomas
Pejabat Peguam Negara mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan kertas siasatan berhubung penerbitan buku My Story: Justice in the Wilderness hasil penulisan Tommy Thomas.
Jenaka rogol: Pejabat Peguam Negara mohon tarik diri wakili guru
Menerusi afidavit sokongan, dinyatakan bahawa permohonan itu dibuat kerana guru berkenaan, Khairul Nizam Sanuddin sudah diwakili peguam lain.
1MDB: Siasatan Tawfiq Aiman dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara
Proses MLA diperlukan agar dokumen dan keterangan yang diperoleh oleh PDRM dengan kerjasama CAD Singapura, boleh diterima di mahkamah.
Kerajaan tinjau peruntukan undang-undang yang kritikal dalam MA63 - Wan Junaidi
Kerajaan dengan bantuan Pejabat Peguam Negara akan melihat kemungkinan meminda beberapa peruntukan undang-undang yang kritikal dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Kertas siasatan pengawal keselamatan diserang diserah semula kepada Pejabat Peguam Negara
Polis menyerahkan semula kertas siasatan mengenai kes pengawal keselamatan yang maut selepas beberapa bulan terlantar akibat diserang penyewa sebuah kondominium di sini kepada Pejabat Peguam Negara.
Kertas siasatan Neelofa dan suami dihantar ke pejabat Peguam Negara
Polis telah menyerahkan kertas siasatan berkaitan selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail, berkaitan penularan video pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Kartel daging: Kertas siasatan diserah kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lepas - SPRM Johor
SPRM Negeri Johor sudah pun menyerahkan kertas siasatan berhubung kes kartel penyeludupan daging sejuk beku kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lalu.
Gangguan seksual di SJR: Siasatan hampir lengkap, wanita dan anggota polis telah diambil keterangan
Polis sudah mengambil keterangan semua pihak termasuk anggota polis yang dikaitkan dengan gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah sekatan jalan raya minggu lalu.