KOTA KINABALU: Kerajaan dengan bantuan Pejabat Peguam Negara akan melihat kemungkinan meminda beberapa peruntukan undang-undang yang kritikal dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi mengembalikan hak penduduk Sabah dan Sarawak sebagaimana yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini merupakan salah satu keutamaan pihaknya, dan beliau meletakkan sasaran menyiapkan proses bagi membentang rang undang-undang (RUU) berkaitan di Parlimen dalam tempoh 100 hari, menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi dirinya.
"Kami telah merangka rancangan pelaksanaan yang menyeluruh bagi menjayakan perkara ini, dan ia dilihat bergerak mengikut jadual. Kami optimis dapat menyiapkannya mengikut tempoh 100 hari yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau melawat Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini hari ini.
Bagaimanapun Wan Junaidi menjelaskan bahawa rang undang-undang itu memerlukan sokongan suara ramai untuk diluluskan, sehubungan itu ia memerlukan libat urus yang mendalam dalam kalangan pemegang taruh, yakni Ahli Parlimen dan rakyat.
"Inilah pada dasarnya apa yang sedang saya lakukan, bertemu dengan pemimpin, pegawai kerajaan tertinggi di Sabah dan Sarawak, menjelaskan kepada mereka mengenai perkara ini. Ini agenda yang penting bagi kita, dan saya harap penduduk Sabah dan Sarawak akan menyokongnya tanpa mengira pandangan politik," katanya.
Beliau berkata pihaknya memfokuskan pada inisiatif transformasi kerajaan serta parlimen, dan meneliti MA63 sebagai sebahagian daripada indeks prestasi utama (KPI) 100 hari,
Empat bidang fokus utama yang perlu dilakukan oleh pihaknya adalah menyiapkan proses membentang satu RUU yang mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada 10 tahun; untuk menyiapkan proses membentang RUU bagi membolehkan pelantikan timbalan Speaker Dewan Rakyat yang ketiga; dan menyiapkan proses bagi membentang beberapa RUU yang kritikal untuk mengkaji isu berkaitan hak penduduk Sabah dan Sarawak di bawah MA63.
Wan Junaidi berkata beliau optimis bahawa kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, komited dalam pembangunan Sabah dan Sarawak, yang merupakan salah satu bidang keutamaan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
"Kebenaran memang pahit untuk diterima..., walaupun setelah mencapai kemerdekaan selama 58 tahun, lebih dari 40 peratus penduduk di Borneo masih tinggal di kawasan luar bandar, kekurangan kemudahan dan prasarana asas seperti ketersambungan, komunikasi, elektrik, pendidikan dan juga penjagaan kesihatan.
"Saya harap di bawah RMK12, lebih banyak pembangunan dan kemajuan akan berlaku di Sabah dan Sarawak supaya kita dapat menikmati kemudahan dan infrastruktur yang sama dengan penduduk di Semenanjung," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 02 2021
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini merupakan salah satu keutamaan pihaknya. - Gambar fail
Bank Dunia salur bantuan kecemasan kepada pelarian Lubnan
Bank Dunia akan menyalurkan semula dana yang pada asalnya diperuntukkan untuk program pembangunan di Lubnan kepada bantuan kecemasan bagi pelarian yang terkesan akibat pengeboman Israel.
Israel rancang lagi serang hendap di selatan Lubnan
Tentera Israel memberi bayangan akan melancarkan serang hendap di darat selepas mengeluarkan arahan pemindahan baharu di selatan Lubnan dan mengarahkan penduduk di 20 bandar selatan negara itu untuk berpindah serta-merta.
Banjir Perak: 121 mangsa masih berlindung di tiga PPS
Seramai 121 orang mangsa banjir daripada 36 buah keluarga masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak susulan hujan lebat berterusan pada petang Jumaat.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
[TERKINI] Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, selari dengan usaha itu, dua pusat baharu yang akan ditubuhkan ialah Pusat Kanser Wilayah Utara di Kedah dan Pusat Kanser Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Tiga hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Hezbollah dan Israel saling berbalas serangan sejak permulaan perang di Gaza yang tercetus susulan serangan kumpulan Hamas pada tahun lepas.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
AWANI Ringkas: Banjir di Bosnia, tiada rakyat Malaysia terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.
Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.
Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.
SUKMA 2024: Sarawak bakal sajikan upacara pembukaan gilang-gemilang
Upacara itu akan memperlihatkan semangat perpaduan digambarkan menerusi gabungan pancaran laser yang pastinya memukau hadirin.
Ribuan umat Islam di Sabah dan Sarawak meriahkan sambutan Maal Hijrah
Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M di Sabah dan Sarawak hari ini dihadiri ribuan umat Islam bagi menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW.
Wan Junaidi beri penghormatan terakhir buat penerima SP
Yang Dipertua Negeri Sarawak memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Kpl (B) Etin Jam, seorang penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
Pemergian Mutang: Fadillah, Wan Junaidi akui hilang sahabat baik
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal bukan sahaja satu kehilangan besar kepada negara malah kepada masyarakat Orang Ulu di Sarawak.
Tun Wan Junaidi dianugerah Darjah Satria Bintang Sarawak
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima anugerah Darjah Satria Bintang Sarawak yang membawa gelaran "Pehin Sri".
Wan Junaidi sifatkan Tun Abdul Taib sebagai "Tunjang Keharmonian Sarawak"
Tun Taib telah menyemai semangat keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak.
Wan Junaidi kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 123 penerima
Mendahului senarai 10 penerima anugerah Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran "Datuk Seri" ialah Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang.