Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaktifkan bilik gerakan khas di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) termasuk di Sabah dan Sarawak mulai tengah malam ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata pusat kawalan PDRM di Bukit Aman akan menyelaras bantuan penguatkuasaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Selain itu, bilik gerakan khas itu juga bertindak sebagai pusat sumber maklumat untuk orang ramai mengenai tahap keselamatan negara, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurutnya, bilik gerakan khas polis akan memantau dan mengawal keadaan keselamatan menjelang PRU14 selepas pembubaran Parlimen berkuat kuasa tengah malam ini.
Beliau berkata pegawai dan anggota PDRM juga akan membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan kelancarkan proses PRU14 tanpa sebarang gangguan.
"Kesiapsiagaan PDRM juga termasuklah pada hari penamaan calon, hari pengundian serta selepasnya," katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata PDRM telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU14 termasuk tambahan anggota Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) jika diperlukan.
Beliau berkata setakat ini, kira-kira 79,000 anggota ataupun 69 peratus daripada keseluruhan jumlah pegawai serta anggota PDRM pelbagai jabatan dan unit akan terlibat.
Menurutnya, polis juga telah mengenal pasti kira-kira 1,100 individu dan organisasi yang berpotensi melakukan 'serangan mengejut di saat akhir' bertujuan menimbulkan kekecohan pada PRU14 selain mengenal pasti 116 kawasan di Semenanjung dan 33 di Sabah dan Sarawak sebagai lokasi panas PRU14.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa esok untuk memberi laluan kepada PRU14. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 06 2018
PDRM akan mengaktifkan bilik gerakan khas di setiap IPD dan IPK termasuk di Sabah ddan Sarawak mulai tengah malam ini. - Gambar fail
Kes GISB: SPRM tidak lihat unsur rasuah dalam siasatan - Azam Baki
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan PDRM terhadap rumah amal GISB.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 2,618 orang, ditempatkan di 14 PPS
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus catat peningkatan apabila 2,618 orang daripada 482 keluarga kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lapan perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi batal akibat ombak kuat
Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini.
Teroka kawasan bukan jelapang, atasi pengurangan tanah
Selain terus memberi tumpuan kepada kawasan jelapang padi, Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan berkata, Malaysia perlu meneliti potensi kawasan bukan jelapang serta memanfaatkan teknologi pertanian untuk meningkatkan produktiviti.
Zaim Ikhwan, Ismanira akan mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik
ibu bapa Zayn Rayyan akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai kanak-kanak itu yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.
[TERKINI] Mohkzani dan Mirzan sudah isytihar harta
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Petronas taja biasiswa RM320 juta kepada 600 pelajar cemerlang SPM
Petronas mengumumkan penajaan biasiswa berjumlah RM320 juta kepada 600 pelajar SPM 2023 di bawah inisiatif Powering Knowledge.
AWANI Ringkas: Sistem dianggap tidak berkesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sembilan maut, Lubnan umum penutupan sekolah dan institusi pendidikan
Menteri Pendidikan Lubnan Abbas Halabi juga menyeru "masyarakat global untuk menghentikan mesin pembunuh Israel, yang tidak menunjukkan belas kasihan."
PDRM buka bilik gerakan khas tangani kegiatan perjudian
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya memandang berat kenyataan pelbagai pihak yang mempertikaikan kesungguhan dan keberkesanan tindakan pasukan keselamatan itu.
PDRM aktifkan bilik gerakan khas PRU14 mulai tengah malam ini
PDRM akan mengaktifkan bilik gerakan khas di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) termasuk di Sabah dan Sarawak mulai tengah malam ini.