KUALA LUMPUR:Biarpun keputusan menangguhkan sesi persekolahan secara bersemuka dibuat agak tergesa-gesa, namun ia dilihat satu keputusan tepat dan terbaik dalam situasi semasa.
Presiden Majlis Permufakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, pengajaran dan pembelajaran di rumah atau istilahnya PdPR, merupakan satu-satunya pilihan yang ada buat guru, murid dan ibu bapa.
"Walaupun agak tergesa-gesa, tetapi kami menyambut baik keputusan tersebut. Cuma adalah lebih baik kalau keputusan ini dibuat lebih awal, iaitu sebaik sahaja Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 11 Januari lalu.
"Ini kerana, jika lebih awal, kita dapat kurangkan pergerakan keluar rumah untuk membuat persiapan persekolahan, sekali gus menyumbang kepada memutuskan rantaian COVID-19," katanya ketika ditemubual dalam Buletin AWANI pada Ahad.
Berkenaan persiapan guru-guru, beliau berpendapat, apa sahaja masalah yang timbul merupakan satu bentuk cabaran yang perlu diatasi kerana PdPR adalah proses yang kini dilalui bukan sahaja di Malaysia, bahkan negara lain juga.
"Kita tak ada pilihan. Untuk hadir ke sekolah seperti biasa, risikonya sangat tinggi. Jadi mahu tidak mahu, inilah sahaja cara yang ada.
"Guru-guru perlu bersedia untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam norma baharu dan saya percaya mereka pastinya akan beri yang terbaik, sesuai dengan keupayaan pelajar," ujarnya.
Dr. Mohamad Ali juga menasihatkan pelajar dan guru yang perlu hadir ke sekolah untuk peperiksaan agar tidak panik dan mengikut semua arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM).
"Tentang swab test, eloklah kita ikut sahaja arahan daripada KKM, iaitu hanya mereka yang bergejala dan kontak rapat sahaja perlu melakukannya.
"Untuk yang lain, nasihat saya, fokus pada pembelajaran dan persediaan untuk menduduki peperiksaan," katanya.
Semalam, KPM memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari ini hanya melibatkan calon peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan peperiksaan antarabangsa setara.
Madiha Abdullah
Sun Jan 17 2021
Pengajaran dan pembelajaran di rumah atau istilahnya PdPR, merupakan satu-satunya pilihan yang ada buat guru, murid dan ibu bapa. - Gambar hiasan BERNAMA
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Banjir: Tidak tangguh sesi persekolahan langkah bijak - Pakar pendidikan
Situasi luar jangka menuntut pihak bertanggungjawab bertindak dengan lebih efisien bagi memastikan tiada lagi keciciran dalam pendidikan.
'PdPR satu-satunya pilihan yang ada'
Pengajaran dan pembelajaran di rumah atau istilahnya PdPR, merupakan satu-satunya pilihan yang ada buat guru, murid dan ibu bapa.
Ibu bapa perlu galakkan anak belajar secara dalam talian
Guru juga berperanan untuk menggunakan medium dalam talian serta media sosial yang sesuai untuk merancang, memberi arahan, tugasan dan kerja rumah kepada setiap pelajar.