KINABATANGAN: Perahu menjadi 'bilik darjah' seorang guru di Kinabatangan dalam memastikan tiada muridnya tercicir dalam pelajaran ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dijalankan.
Nasir Mohamed Jamal, 39, seorang guru dI Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Permai turut menggunakan perahu itu untuk menghantar modul pembelajaran setiap minggu kepada murid.
"Saya atau rakan guru lain akan mengambil inisiatif sendiri untuk menghantar modul Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menggunakan perahu sekali atau dua kali seminggu.
"Ini kerana menjalankan PdPR menggunakan peranti adalah mustahil kerana kami tiada perkhidmatan jalur lebar (yang baik)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Berbekalkan sebuah beg mengandungi modul PdPR dan meja lipat, Nasir, yang mengajar mata pelajaran Sains, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, meninggalkan rumahnya ke perahu kayu beratap yang dikemudinya sendiri di Sungai Kinabatangan untuk ke rumah murid-muridnya.
Berikutan tiada jeti atau tempat turun dari perahu yang sesuai, beliau keluar dari perahunya dengan berhati-hati di kawasan cetek di tepi sungai dan menjemput muridnya di rumah berdekatan.
"Mari kita belajar hari ini macam biasa," katanya kepada muridnya dan akan mengimbas suhu badan muridnya, memberikan cecair pensanitasi tangan dan pelitup muka kepada muridnya sebelum sesi pembelajaran di dalam perahu dimulakan.
Nasir yang berasal dari Padang Rengas, Perak dan telah berkhidmat di sekolah itu sejak 10 tahun lepas, mengakui keadaan di kawasan pedalaman yang jauh berbeza di bandar mewujudkan perasaan tanggungjawab dalam dirinya serta lima guru lain di sekolah itu untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai realiti kehidupan di luar kampung mereka.
"Kami (guru-guru) akan menerangkan kepentingan untuk melanjutkan pelajaran kerana mereka ini boleh berjaya dan membawa perubahan kepada masyarakat sekeliling mereka," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 27 2021
![PdPR: Perahu jadi 'bilik darjah' Cikgu Nasir di Kinabatangan PdPR: Perahu jadi 'bilik darjah' Cikgu Nasir di Kinabatangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51624764741_TBGPDPRSAMPANKINABAT.jpg)
Nasir, yang mengajar mata pelajaran Sains, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, meninggalkan rumahnya ke perahu kayu beratap yang dikemudinya sendiri di Sungai Kinabatangan untuk ke rumah murid-muridnya. - Foto BERNAMA
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Hampir 10 kampung di Chenulang, Kuala Krai mula dinaiki air Hampir 10 kampung di Chenulang, Kuala Krai mula dinaiki air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703393575_TBbanjir.jpg)
Hampir 10 kampung di Chenulang, Kuala Krai mula dinaiki air
Riduan berkata, air mula naik di sekitar rumahnya kira-kira 1 pagi sehingga paras paha memaksa dia menggunakan perahu untuk rutin harian.
![PdPR: Perahu jadi 'bilik darjah' Cikgu Nasir di Kinabatangan PdPR: Perahu jadi 'bilik darjah' Cikgu Nasir di Kinabatangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51624764741_TBGPDPRSAMPANKINABAT.jpg)
PdPR: Perahu jadi 'bilik darjah' Cikgu Nasir di Kinabatangan
Guru di Sekolah Kebangsaan Desa Permai menggunakan perahu untuk menghantar modul pembelajaran setiap minggu kepada murid.
![Guru maut dipanah petir Guru maut dipanah petir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41540970508_Lightning.jpg)
Guru maut dipanah petir
Alvin Chelen mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat di panah petir dalam kejadian itu.
![Pemuda maut ditembak abang ipar disangka musang ketika berburu Pemuda maut ditembak abang ipar disangka musang ketika berburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51574654587_TBMAUTDITEMBAK.jpg)
Pemuda maut ditembak abang ipar disangka musang ketika berburu
Pihaknya menerima laporan berhubung kes itu selepas suspek, yang juga abang ipar mangsa, tampil ke balai polis untuk menyerah diri pada pagi Ahad.
![Kalimah 'Allah' dekatkan kampung perahu Mekong dengan Malaysia Kalimah 'Allah' dekatkan kampung perahu Mekong dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71535335160_TBKEMBOJAxj.jpg)
Kalimah 'Allah' dekatkan kampung perahu Mekong dengan Malaysia
Atas semangat persaudaraan Islam, kesusahan hidup penduduk Kampong Chapa Empov telah mendapat simpati rakyat Malaysia.
![Dua beradik lemas perahu karam ketika memancing Dua beradik lemas perahu karam ketika memancing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81520696750_Bodies.jpg)
Dua beradik lemas perahu karam ketika memancing
Dua beradik mati lemas selepas perahu dinaiki bersama bapa mereka karam ketika memancing di Sungai Plaie tengah hari Sabtu.
![Tujuh mangsa feri terbalik ditemui di Lautan Pasifik Tujuh mangsa feri terbalik ditemui di Lautan Pasifik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71517123890_Ferrymissing.jpg)
Tujuh mangsa feri terbalik ditemui di Lautan Pasifik
Tentera New Zealand menemui tujuh mangsa termasuk seorang bayi yang tidak sedarkan diri dalam sebuah perahu yang sedang berlayar di Lautan Pasifik pada Ahad.