BELURAN:Gara-gara masalah rangkaian mudah alih yang sangat lemah di Kampung Muanad Satu, Beluran, ada segelintir pelajar yang tidak pernah mengikuti kelas secara dalam talian sejak tahun lalu.
Lebih buruk, terdapat juga sebilangan pelajar hampir dibuang kelas kerana kegagalan untuk turut serta dalam kelas secara dalam talian.
Salah seorang pelajar yang tercicir itu, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Syahkinah Mohd Shahrin mengakui, dia tidak pernah mengikuti kelas secara maya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi.
Terus-terang katanya, ia berpunca daripada masalah rangkaian mudah alih di perkampungan mereka yang sangat teruk.
“Kami sepatutnya mengikuti kelas secara dalam talian sejak tahun lepas namun kami tidak dapat turut serta kerana rangkaian mudah alih di kampung ini tidak bagus.
“Dalam masa setahun saya memang tidak pernah mengikuti kelas secara dalam talian yang cikgu bagi,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Kampung Muanad Satu, Beluran.
Syahkinah akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun ini.
Sementara itu, bapanya mendedahkan, selain Syakinah, dua lagi anaknya tidak dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
“Anak saya berusia 17 tahun dan akan menghadapi SPM hujung tahun ini. Seorang lagi Darjah Empat dan seorang lagi Darjah Dua. Kesemua mereka tidak dapat mengikuti kelas atau membuat kerja sekolah.
“Saya sebagai bapa memang sangat risau dengan masalah yang dihadapi anak-anak saya kerana saya mengharapkan masa hadapan yang lebih cerah untuk mereka,” katanya.
Katanya, dia ada menyertai kumpulan Telegram yang diwujudkan guru sekolah anaknya namun, apabila guru menghantar kerja melalui kumpulan itu, dia pasti gagal membuat muat turun atau membuka tugasan berkenaan.
Kalau berjaya dimuat turun, ianya hanya empat hari kemudian.
Seorang lagi pelajar berusia 12 tahun, Aqielah Nur Dalilah Daiman turut kecewa gagal sertai pembelajaran secara dalam talian.
“Sesi persekolahan saya bermula dari jam 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Selepas itu saya akan ikuti sekolah Tahfiz dari jam 2 petang sehingga jam 5 petang.
“Semua ini kami belajar secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Namun ada masanya saya tidak dapat mengikuti kelas tersebut kerana masalah rangkaian mudah alih. Saya terpaksa mengikuti kelas dari rumah nenek saya,” katanya.
Ibu Aqiela berkata, anaknya pernah dimarahi sehingga hampir dibuang kelas kerana disangka sengaja tidak mengikuti kelas secara dalam talian.
“Anak saya mengadu kepada saya cikgunya kadang-kadang menggunakan bahasa kasar terhadapnya sehingga mahu dibuang kelas kerana tidak mengikuti kelas secara dalam talian.
“Saya nasihatkan dia supaya memberitahu cikgu masalah yang dihadapi kami dan bukan sengaja tidak mahu mengikuti kelas,” katanya.
Penduduk Kampung Muanad Satu ini merayu supaya rangkaian mudah alih di kampung mereka diperiksa dan dibaiki dengan segara supaya komunikasi mereka lebih baik.
Ia juga penting untuk generasi pelapis supaya tidak terus keciciran menimba ilmu.
Ridzal Abdullah
Tue Feb 02 2021

Penduduk Kampung Muanad Satu ini merayu supaya rangkaian mudah alih di kampung mereka diperiksa dan dibaiki dengan segara. - Astro AWANI
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.