Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) mencadangkan kerajaan memansuhkan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans bagi kenderaan berkapasiti kurang daripada 2000cc.
Presidennya Datuk Hashim Othman berkata kerajaan harus peka terhadap keperluan golongan berpendapatan rendah dan sederhana supaya golongan berkenaan dapat mengharungi cabaran semasa ekonomi negara.
"Saya berharap daripada penjimatan yang diperoleh daripada pengurangan subsidi bahan api dapat digunakan untuk memansuhkan cukai jalan kenderaan dan pengurangan kadar insurans," katanya kepada Bernama dalam rancangan Helo Malaysia Bernama TV di sini pada Rabu.
Beliau berkata pakar ekonomi negara pasti sudah lama memikirkan alternatif dalam mengurangkan beban rakyat, dan langkah ini perlu dilaksanakan supaya rakyat tidak rasa terbeban dan teraniaya, yang mungkin akan membawa kepada rasa benci terhadap kerajaan.
Selasa lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengurangan subsidi bahan api akan menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM3.3 bilion yang boleh digunakan untuk disalurkan kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga projek infrastruktur.
Merujuk kepada cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memperkenalkan semula petrol RON92 di pasaran, Hashim berkata beliau tidak pasti sama ada masih terdapat kenderaan-kenderaan yang menggunakan minyak RON92 tersebut.
"Kereta-kereta sekarang ini sudah tidak boleh menggunakan RON92 memandangkan
sudah ramai yang menggunakan kereta-kereta baharu yang tidak sesuai menggunakan minyak tersebut (RON92)," katanya.
Hashim juga berkata jika RON92 diperkenalkan semula, pengusaha stesen minyak juga terpaksa mengeluarkan kos tambahan untuk menambah tangki minyak dan pam RON92.
"Kesan penggunaan minyak RON92 juga tidak baik untuk alam sekitar," katanya.
Sebelum ini, Menteri KPDNKK Datuk Hasan Malek berkata kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenal semula petrol RON92 bagi menawarkan alternatif sumber bahan api yang jauh lebih murah kepada para pengguna.
Sementara itu, Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan juga perlu mengenakan tindakan tegas yang boleh memberi kesan 'gentar' kepada peniaga yang menaikkan harga barang melampau berikutan kenaikan harga minyak.
Katanya ini bagi memastikan apabila harga minyak naik, ia tidak akan menjadi kebiasaan bagi peniaga-peniaga untuk turut menaikkan harga barang.
Beliau juga meminta kerajaan supaya mencari mekanisme dalam memastikan subsidi hanya diberikan kepada rakyat berpendapatan sederaha dan rendah.
Selain itu, Nadzim berkata rakyat perlu membuat perubahan dan mencari kesesuaian dengan merancang kembali perbelanjaan isi rumah mengikut perkara utama yang menjadi keperluan.
Bernama
Thu Sep 05 2013


Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

Peningkatan hasil dan ladang perlu untuk tingkat pengeluaran minyak sawit - Mielke
Minyak sawit masih merupakan peneraju harga dan minyak sayuran yang paling dominan dengan jumlah eksport mencecah 55.4 juta tan.

Aset ATM di Sabah, Sarawak perlu diperkukuh, pastikan kedaulatan negara terjamin
Keutuhan dan keamanan wilayah khususnya di Sabah dan Sarawak adalah antara faktor yang paling penting seperti terkandung dalam dasar negara.

MOSTI lancar Pusat Kercerdasan Kuantum MIMOS pertama negara
MIMOS turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan SDT Inc. dari Korea untuk menubuhkan Lembah Kuantum Malaysia, iaitu hab inovasi yang dinamik.

Presiden Prabowo lancar perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia
Pengeluaran emas Indonesia telah meningkat daripada 100 tan kepada 160 tan setahun, kata Presiden Prabowo.

Malaysia, Thailand perhebat kerjasama pertahanan dan latihan ketenteraan
Negara-negara anggota ASEAN perlu menjadi kuat dan bersatu agar lebih banyak kerjasama dapat dilihat antara negara serantau pada masa depan.
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

PDAM komited tambah baik kemudahan stesen minyak
PDAM komited untuk meneroka penyelesaian agar seiring dengan visi PM untuk semua pengusaha stesen minyak menambah baik kemudahan di premis mereka.

Harga minyak turun, pengusaha stesen minyak makin ramai gulung tikar?
Beberapa pendekatan perlu diberi perhatian oleh kerajaan dalam menyelamatkan pengusaha minyak di seluruh negara.

Pengusaha stesen minyak dijangka tanggung rugi hingga RM40 juta tengah malam ini - PDAM
Tambah Presiden PDAM, kemelut penetapan harga minyak mingguan juga dijangka perlu diperhalusi.

Kerajaan tak ambil untung daripada penjualan minyak - Guan Eng
Menteri Kewangan itu juga menafikan dakwaan bahawa kerajaan mula mengenakan cukai jualan terhadap RON95 dan diesel.

Harga minyak mingguan: PDAM jumpa Dr Mahathir hari ini
Perbincangan itu dijangka memberi tumpuan kepada bagaimana untuk mengatasi kebimbangan PDAM selepas sistem apungan harga minyak secara mingguan bermula Selasa ini.

Bukan ugutan, tapi demi kelangsungan perniagaan - PDAM
Cadangan pelaksanaan operasi stesen minyak 18 jam sehari adalah alternatif dalam meneruskan kelangsungan perniagaan pengusaha stesen minyak.

Naikkan komisen atau operasi stesen minyak cuma 18 jam sehari - PDAM
Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz menegaskan margin keuntungan yang rendah disebabkan pelaksanaan harga apungan mingguan bakal menyebabkan operasi stesen minyak terjejas.

Penetapan harga minyak mingguan berita buruk buat pengusaha stesen?
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, langkah ini seolah-olah memerangkap pengusaha stesen minyak.

Isu stesen tutup, minyak habis: Jangan salahkan pengusaha stesen saja - PDAM
Ada pengusaha stesen minyak yang mengakui bekalan minyak hanya dihantar oleh ibu pejabat selepas mendapat harga pasaran terkini.

Harga siling bahan api setiap minggu: PDAM setuju dengan langkah kerajaan- Hamzah
PDAM bersetuju dengan langkah kerajaan memperkenalkan harga siling bahan api setiap minggu bermula April ini, ujar Datuk Seri Hamzah Zainuddin.