MELAKA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi peringatan kepada semua agensinya terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) agar melaksanakan semua projek yang mendapat peruntukan kementerian secara telus dan mengikut piawaian ditetapkan.
Menterinya Nga Kor Ming berkata ini berikutan setiap negeri melalui PBT menerima peruntukan yang besar daripada KPKT bagi melaksanakan projek untuk kemajuan komuniti di setiap kawasan terlibat.
"Sempena pengumunan peruntukan yang begitu besar hari ini, saya hendak beri mesej kepada empat PBT di Melaka bahawa kita (KPKT) akan memantau sendiri bagaimana PBT guna duit (yang diperuntukkan) dan saya tegaskan setiap sen peruntukan yang diturunkan wajib mematuhi Analisis Kos Faedah (CBA).
"Kita tidak mahu lagi kes tong sampah berharga RM100 tetapi PBT beli RM500 dan jika ini terus berlaku tahun depan kita akan potong peruntukan malah satu sen pun saya tidak akan bagi lagi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Medan Selera Sultan Muhammad di Batu Berendam, di sini sempena rangka lawatan program Sentuhan Kasih KPKT, yang turut dihadiri Exco Kanan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin.
Menurut Nga semua peruntukan yang diberikan kepada PBT adalah berdasarkan prestasi dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana PBT yang gagal mencapai prestasi ditetapkan.
"...kita akan keluarkan surat teguran kepada pegawai yang bertanggungjawab dan peruntukan kepada YDP (Yang Dipertua) dan barisannya pada tahun berikut akan dipotong sebagai mesej agar dia wajib mencapai prestasinya," katanya.
Terdahulu, Nga mengumumkan peruntukan sebanyak RM83.66 juta kepada Melaka bagi merealisasikan 17 projek yang berperanan penting dalam strategi pembangunan komuniti bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat di negeri ini.
Peruntukan tersebut merangkumi kategori bina baharu serta projek sambungan dan merupakan yang terbesar dalam sejarah Melaka, dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) iaitu RM22.31 juta.
--BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (dua kiri) pada sidang media ketika lawatan kerja ke Projek Naik Taraf Medan selera Sultan Muhammad di Batu Berendam. - Foto BERNAMA
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
RM267.76 juta untuk projek prasarana awam, rumah ibadat bukan Islam di Johor
KPKT mengumumkan peruntukan RM267.76 juta bagi 40 projek prasarana awam serta pembaikan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Johor tahun ini.
Hampir RM1 bilion setiap tahun untuk inisiatif perumahan - Nga
Pada tahun ini sahaja, KPKT telah memperuntukkan RM546 juta untuk Program Perumahan Rakyat dan RM358 juta untuk Rumah Mesra Rakyat.
Tanah jerlus: Nga akan cadang pemetaan utiliti dalam mesyuarat KPKT
Nga Kor Ming akan mencadangkan PBT, agensi terlibat serta syarikat utiliti bekerjasama melaksanakan pemetaan utiliti bawah tanah.
KPKT akan pinda undang-undang, kenakan tindakan lebih ketat kepada pemaju perumahan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meminda undang-undang berkaitan sektor perumahan dan memastikan tindakan lebih ketat dikenakan terhadap pemaju yang menipu pembeli.
KPKT komited laksana reformasi perkhidmatan awam
SSPA menyuntik semangat warga kementerian untuk terus berusaha dan memberikan sepenuh komitmen dalam menyantuni rakyat.
[KOLUMNIS] Integrasi tindakan ‘ramuan’ selesai masalah jalan
Menyedari situasi itu, KKR membangunkan aplikasi MYJalan berpandukan kepada konsep No Wrong Door polisi.
KPKT kaji pinda Akta 171, hukum pesalah buang sampah merata-rata buat khidmat masyarakat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kajian untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) mencakupi seksyen berkaitan hukuman bagi pesalah yang membuang sampah merata-rata.
Rehda harap lebih banyak penyelesaian bersasar penuhi keperluan rumah mampu milik
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) berharapkan lebih banyak penyelesaian bersasar berbanding pendekatan satu penyelesaian untuk semua bagi memenuhi keperluan rumah mampu milik.
KPKT lancar perancangan ekonomi kitaran, majukan pengurusan sisa pepejal
Nga berkata pelan tindakan itu akan mempercepatkan peralihan kepada ekonomi kitaran sisa pepejal menerusi lima paksi utama.
Sesi libat urus muktamadkan RUU Akta Sewaan Kediaman akan diteruskan
Sesi libat urus bagi memuktamadkan draf penggubalan RUU Akta Sewaan Kediaman khususnya dalam aspek pelaksanaan dan pentadbiran akta akan diteruskan bersama kerajaan negeri.