KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilihat menjadi komponen penting dalam membina dan mengembangkan potensi murid, khusus dengan adanya langkah intervensi.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata pelaporan baharu PBD bagi setiap mata pelajaran di sekolah mempunyai tiga aspek meliputi penguasaan mata pelajaran, ujian akhir tahun dan komponen usaha murid dalam memberi pelaporan menyeluruh terhadap prestasi murid.
"Kerana terdapat situasi ibu bapa lihat anaknya rajin tetapi apabila sampai masa keputusannya tidak tinggi. Melalui tiga pendekatan ini, jika anak kita dapat tahap penguasaan lima (markah penilaian), ujian akhir tahun (dua) dan usaha (enam) bererti anak murid itu adalah seorang pelajar yang rajin.
"Namun, terdapat beberapa topik pada mata pelajaran itu yang dia sangkut. Maka, dengan adanya pelaporan PBD ini, di situ kita dapat bantu murid itu," katanya pada program Ruang Bicara terbitan BernamaTV yang disiarkan pada Selasa.
Radzi berkata PBD jika dibandingkan dengan sistem pembelajaran sebelum ini, dilihat mampu mengembangkan potensi murid secara total berikutan prestasi mereka tidak diukur dan terhad hanya kepada peperiksaan semata-mata.
"Anak-anak kita ini mempunyai kekuatan masing masing dan kita perlu pastikan supaya kita tidak 'bunuh' potensi anak-anak ini di peringkat yang terlalu awal.
"Sebelum ini, kalau lihat keputusan UPSR, maka itulah (keputusannya), tiada langkah intervensi. Di situ berlakunya perkara seperti murid yang tidak boleh membaca meskipun sudah di peringkat sekolah menengah, kerana tiada langkah intervensi dilakukan bagi menangani perkara ini," katanya.
Pada April tahun lepas, Radzi telah mengumumkan pemansuhan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai 2021 sekali gus memberi tumpuan terhadap pemerkasaan PBS manakala kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan sebagainya mulai 2022 adalah berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022

Radzi ketika ditemu bual pada program Ruang Bicara bertajuk 'Transformasi Pendidikan: Anjakan Bina Generasi Unggul' terbitan Bernama TV di Wisma Bernama pada Selasa. --fotoBERNAMA

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.

Pakar pendidikan senaraikan tiga sebab Pentaksiran Bilik Darjah tidak berkesan di Malaysia
Pelaksanaan PBD dan PBS ketika ini dilihat kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai pihak mahu UPSR dan PT3 dikembalikan segera.

KPM sentiasa tambah baik Pentaksiran Bilik Darjah - Fadhlina
Kementerian Pendidikan sentiasa menambah baik kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan pentaksiran itu.

PBD komponen penting bantu kembangkan prestasi murid - Radzi
Pelaporan baharu PBD bagi setiap mata pelajaran di sekolah mempunyai tiga aspek.

Mulai 2019, tiada lagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun - KP Pendidikan
Beliau berkata PBD yang diperkenalkan sejak 2011, juga akan membina dan memperkukuhkan kemahiran asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul selain membina karektor serta sahsiah murid.