Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) akan diperkukuhkan kepada murid Tahap Satu (Tahun Satu, Dua dan Tiga) di semua sekolah rendah dengan tumpuan kepada kaedah pembelajaran secara didik hibur dan berteraskan pelajar, kata Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Amin Senin.
Beliau berkata PBD yang diperkenalkan sejak 2011, juga akan membina dan memperkukuhkan kemahiran asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul selain membina karektor serta sahsiah murid.
Katanya, murid yang dinilai secara berterusan dalam pelbagai bentuk pentaksiran yang merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu dari aspek penilaian merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai.
"Ini bermakna mulai tahun depan tiada lagi peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun, akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran murid dan tidak lagi penekanan kepada peperiksaan.
"Ini membolehkan ibu bapa mengetahui kekuatan dan kelemahan anak-anak seterusnya menentukan bentuk sokongan yang boleh diberikan," katanya kepada pemberita dalam taklimat media berhubung PBD di sini pada Rabu.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengumumkan peperiksaan bagi murid Tahap 1 yang melibatkan pelajar Tahun Satu, Dua dan Tiga akan dimansuhkan dan digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun hadapan.
Mengulas lanjut, Amin berkata pentaksiran ini akan menggantikan peperiksaan formal untuk mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna guru boleh memberi lebih perhatian kepada penerapan nilai kasih sayang, kegembiraan, hormat-menghormati dan memantapkan pembangunan sahsiah murid secara individu.
Beliau berkata ia terpulang kepada kreativiti seseorang guru untuk menggunakan pelbagai kaedah dalam menilai muridnya menerusi aktiviti-aktiviti seperti kuiz, permainan, main peranan, bercerita dan projek mudah.
Bagaimanapun, katanya, guru-guru tersebut tetap tertakluk dengan pelaporan asas iaitu Pelaporan Perkembangan Pelajaran Murid yang memantau perkembangan murid berdasarkan skala-skala tertentu.
"Ibu bapa tidak perlu risau dengan penilaian berbentuk formatif kerana penaksiran seumpama itu telah lama dilaksanakan.
"Menerusi pentaksiran baharu ini, guru akan memberi fokus secara individu kepada perkembangan murid," katanya, sambil menambah pihaknya maklum tengang kerisauan ibu bapa berhubung pelaksanaan PBD.
Di samping itu, Amin berkata, tiada keperluan pengasingan kelas untuk Tahap 1 secara kekal atau berterusan tetapi boleh dilaksanakan jika ia bersifat sementara dengan tujuan khusus untuk proses pemulihan murid.
"Pihak sekolah diberi autonomi untuk melaksanakan PdP serta PBD menerusi autonomi profesional dengan bimbingan jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah (PPD). Murid-murid hanya boleh diasingkan untuk jangka masa tertentu sahaja," katanya.
Ditanya sama ada murid akan mengalami kesusahan apabila memasuki tahun empat, lima atau enam, beliau berkata ia tidak menimbulkan apa-apa masalah kerana pentaksiran bukan perkara baru dan sejak diperkenalkan sentiasa memberikan penekanan kepada pembangunan karakter pelajar.
"Sama ada perlu diberi kerja rumah atau tidak, ia terpulang kepada guru masing-masing. Namun, seperti dikatakan, guru-guru ada garis panduan untuk melaporkan perkembangan dan pentaksiran setiap pelajar," katanya.
Mengenai tempoh peralihan bagi pelajar yang bakal memasuki Tahun Dua dan Tiga mulai 2019, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan guru besar sekolah untuk membangunkan potensi murid-murid secara individu tanpa sebarang gangguan dalam proses pengajaran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 19 2018

Tidak akan ada keperluan untuk pengasingan kelas Tahap 1 tetapi ia boleh dilaksanakan jika ia bersifat sementara dengan tujuan khusus untuk proses pemulihan murid. - Gambar hiasan

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

DidikTV KPM bantu pelaksanaan PdPR - Muhyiddin
Sebagai salah satu inisiatif dalam mempelbagaikan sumber pembelajaran serta bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian.

Mulai 2019, tiada lagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun - KP Pendidikan
Beliau berkata PBD yang diperkenalkan sejak 2011, juga akan membina dan memperkukuhkan kemahiran asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul selain membina karektor serta sahsiah murid.