Paya Terubong, terletak kira-kira lapan kilometer dari bandar raya ini, merupakan kawasan bukit dan lembah yang kini dibangunkan sebagai kawasan perumahan.
Kawasan itu merupakan antara jalan yang menghubungkan bandar raya George Town dan Balik Pulau dengan kebanyakan laluan terletak di lereng-lereng bukit.
Petang ini kawasan itu sekali lagi mendapat perhatian apabila berlaku runtuhan tanah di Jalan Bukit Kukus yang menimbus empat kontena di bahagian kaki bukit tersebut. Dikhuatiri lebih 10 mangsa tertimbus dan sehingga lewat petang ini tiga mangsa ditemui mati manakala seorang lagi cedera.
Kejadian berlaku selepas sembilan hari kejadian runtuhan 14 rasuk konkrit berukuran 25 meter setiap satu di kawasan itu.
Dalam kejadian pada Khamis lepas itu, 14 rasuk konkrit untuk pembinaan jalan berkembar dari Paya Terubong ke Relau terjatuh di lereng bukit di tapak Projek Jalan Bukit Kukus itu. Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda awam dilaporkan.
Mengikut Wikipedia, pada awalnya kawasan Paya Terubong merupakan kawasan pertanian sebelum diteroka pada awal tahun 1980-an dan diubah menjadi kawasan perumahan yang mempunyai banyak kediaman pencakar langit.
Projek pembangunan di kawasan Paya Terubong itu telah banyak 'mengorbankan' bukit-bukau apabila pemaju terpaksa menerokai kawasan bukit untuk tujuan pembangunan rumah kos rendah dan sederhana rendah.
Kawasan itu juga merupakan antara kawasan di Pulau Pinang yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan banyak pemaju perumahan telah merancang untuk membina pelbagai projek pembangunan bercampur di kawasan tersebut.
Pada waktu puncak iaitu awal pagi dan petang, Jalan Paya Terubong yang menghubungkan kawasan perumahan di Bandar Baru Air Itam dan Farlim dengan kawasan perindustrian di Bayan Lepas akan sentiasa sesak dengan kenderaan.
Kejadian tanah runtuh sering kali dilaporkan di kawasan jalan yang berbukit itu sehingga menyebabkan jalan terpaksa ditutup.
Bagi menyelesaikan masalah kesesakan, pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama pihak pemaju berhasrat membina projek pengangkutan jalan yang akan turut melalui kawasan Paya Terubong, antaranya projek Lebuh Raya Pan-Island Link 1 (PIL1) dan Projek Jalan Bukit Kukus.
Jalan Bukit Kukus merupakan jalan yang menghubungkan penduduk di kawasan Paya Terubong dan Bandar Baru Air Itam dengan sepanjang jalan berbukit lebih satu kilometer itu kebanyakannya kawasan perumahan.
Projek itu, yang dimulakan pada 2016 dilaksanakan oleh tiga pihak sebagai langkah penjimatan termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), PLB Land Sdn Bhd dan Geo Valley Sdn Bhd. Kejadian itu berlaku dalam bahagian bawah kendalian MBPP.
Projek bernilai RM545 juta itu merupakan jalan alternatif yang menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 19 2018
Beberapa bukit di kawasan Paya Terubong diteroka untuk projek pembangunan. - Bernama
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Peningkatan astronomikal harga rumah di bandar tidak tercapai akal
Jelas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, satu unit kondominium 1,000 kaki bernilai RM500,000 justeru GLC berkaitan dicadangkan bina rumah mampu milik kerana tanggungjawab terhadap rakyat dan bukan meraih keuntungan semata-mata.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM 1.08 billion setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Guru meninggal dunia selepas sesat ketika 'hiking' bersama rakan
Seorang guru lelaki meninggal dunia ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Hutan Simpan Tawai, di sini, bersama sekumpulan sembilan rakannya pada Sabtu.
Pendaki patah kaki jatuh gaung diselamatkan bomba di Endau
Seorang wanita terpaksa menahan sakit kira-kira tiga jam sebelum diselamatkan dari gaung sedalam 20 meter, selepas terjatuh ketika mendaki sebuah bukit di Pulau Mawar, Tanjung Resang, Endau.
Ikan laga spesies Betta nuluhon ditemukan di Sabah
Ikan laga yang baru ditemukan ini biasanya terdapat di sungai cetek dengan aliran air yang jernih di barat Sabah.
Lelaki maut di kaki bukit ketika 'jungle trekking'
Mangsa dikenali sebagai Chee Se Hang, berusia sekitar 43 tahun, dipercayai naik ke atas kaki bukit tersebut untuk melakukan aktiviti 'jungle trekking' pada jam 8 malam.
Mendaki bukit semarakkan sambutan merdeka
Kesemua peserta yang terdiri dari pelbagai lapisan umur itu menakluki lapan puncak bukit serentak di seluruh negeri itu.
Video viral: Lelaki terima 13 jahitan disondol babi hutan tak keruan
Lelaki berkenaan dilihat berjalan seorang diri di tepi jalan sebelum babi hutan itu berlari dari satu arah dan merempuhnya.
Tanah runtuh: Kerajaan negeri perlu henti projek di kawasan bukit - SAM
Kerajaan negeri Pulau Pinang digesa supaya menghentikan projek pembinaan membabitkan kawasan bukit dengan serta-merta susulan kejadian tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.
Paya Terubong, kawasan bukit yang dibangunkan, tetapi...
Kawasan itu merupakan antara jalan yang menghubungkan George Town dan Balik Pulau dengan kebanyakan laluan terletak di lereng-lereng bukit.
Jet pejuang Vietnam terhempas, dua terbunuh
Ia terhempas di kawasan berbukit di daerah Nghia Dan sekitar waktu makan tengah hari.
Jangan guna bahan kualiti rendah bina infrastruktur di Pahang - Tengku Abdullah
Ini bagi membolehkan kesemua kemudahan yang dibina itu dapat bertahan lama untuk kegunaan rakyat dan tidak ada kejadian tidak dingini sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda.