JOHOR BAHRU: Seorang wanita terpaksa menahan sakit kira-kira tiga jam sebelum diselamatkan dari gaung sedalam 20 meter, selepas terjatuh ketika mendaki sebuah bukit di Pulau Mawar, Tanjung Resang, Endau, dekat Mersing pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Endau PBK II Asrul Ahmad berkata, mangsa berusia 51 tahun itu cedera di kaki kirinya kerana dipercayai patah.
Katanya, mangsa dikatakan mula mendaki bukit itu bersama 11 rakannya pada pukul 7 pagi, sambil ditemani seorang malim gunung.
"Ketika sedang mendaki, mangsa tiba-tiba terjatuh. Mangsa cuba diselamatkan oleh rakan-rakannya namun gagal, sebelum akhirnya mereka menghubungi bomba pada 8.36 pagi," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Asrul berkata, pihaknya menghantar seramai 12 anggota bersama dua jentera ke lokasi kejadian sejurus mendapat maklumat kejadian, tetapi berdepan dengan beberapa kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kerana keadaan tempat tersebut curam, dan perlu melalui kawasan paya bakau.
"Bomba mencuba beberapa kaedah untuk mengeluarkan mangsa termasuk menggunakan alat pengusung dan rentetan itu, mangsa akhirnya dapat dikeluarkan daripada gaung pada pukul 11.14 pagi dan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 13 2021
Mangsa berusia 51 tahun itu cedera di kaki kirinya selepas terjatuh dalam gaung.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bomba selamatkan dua warga Singapura sesat di Gunung Machinchang
Mereka mula mendaki gunung itu pada pukul 12.02 tengah hari dan dipercayai tersesat akibat keadaan yang sudah semakin gelap.
Projek kereta api ringan Gunung Fuji dijangka angkut 3 juta pendaki setahun
Wilayah Yamanashi cadangkan laluan dua landasan yang akan mengoperasikan kereta api dua gerabak setiap 6 minit selama 10 jam sehari.
Pendakian santai di Gunung Lambak tarikan pendaki pelbagai lapisan umur
Hanya berketinggian 510 meter dari paras laut, tidak hairan lokasi itu menjadi tumpuan ramai pada musim cuti untuk penganjuran aktiviti lasak.
Pakistan cari tiga pendaki Rusia yang hilang
Pihak berkuasa Pakistan meneruskan operasi mencari pada Ahad untuk menyelamatkan tiga pendaki Rusia yang hilang di Gasherbrum IV.
Pendaki alami sejuk melampau diusung sejauh 8.5km untuk dapat rawatan
Lelaki berusia 34 tahun itu dibawa turun oleh MOSAR dari Panalaban selepas turut mengalami simptom muntah-muntah.
10 pendaki berjaya tamatkan Trans Titiwangsa V4, babit jarak 238km
Sepanjang pendakian, mereka menawan 63 puncak termasuk enam daripada tujuh gunung tertinggi di Semenanjung dengan ketinggian lebih 2,000 meter.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Enam pendaki sesat di Gunung Angsi ditemui selamat, seorang cedera
Enam pendaki yang sesat di Gunung Angsi, Kuala Pilah malam tadi ditemukan selamat pada pukul 2.34 pagi ini.
11 pendaki Gunung Marapi, Indonesia maut
Kini pencarian untuk mencari 12 lagi hilang telah dihentikan buat sementara waktu atas faktor keselamatan.
Insiden terkandas di gunung Jepun meningkat pada paras tertinggi
Terdapat peningkatan sebanyak 431 kes berbanding tahun sebelumnya dengan sejumlah 3,015 kes direkodkan, jumlah tertinggi sejak 1961,