KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya ketika menyertai perhimpunan aman di ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata pihaknya mendapati terdapat individu mengibar dan membawa sepanduk sambil menaiki motosikal yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.
"Tindakan membawa dan mengibarkan sepanduk semasa menaiki motosikal adalah perbuatan menyalahi undang-undang kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) di sini hari ini.
Beliau berkata polis akan melaksanakan operasi lalu lintas di sekitar ibu negara bagi memastikan orang ramai patuh terhadap peraturan jalan raya.
Dalam pada itu, Allaudeen berkata polis telah bersedia dalam memastikan kelancaran Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini malam ini.
Himpunan dikelolakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Global Peace Malaysia (GPM) selaku penganjur utama itu dijangka bermula 7.30 hingga 10.30 malam dan melibatkan lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan amanat khas pada perhimpunan itu yang bertujuan menunjukkan tanda solidariti negara bersama rakyat Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023
Allaudeen berkata polis akan melaksanakan operasi lalu lintas di sekitar ibu negara bagi memastikan orang ramai patuh terhadap peraturan jalan raya. - Foto fail/BERNAMA
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Tujuh tuntutan My Climate Strike terhadap kerajaan
Menurut Illi Nadiah Dzulfakar Pengasas Klima Action Malaysia (Kamy) yang juga penganjur perhimpunan itu berkata, kesemua tujuh tuntutan itu bagi memastikan jerebu tidak melanda negara ini lagi.
Perhimpunan ICERD: Jaga tutur kata, tingkah laku - Muhyiddin
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peserta Himpunan Kesyukuran Penolakan Ratifikasi ICERD agar menjaga tutur kata dan tingkah laku ketika perhimpunan
Penganjur hantar memorandum di Bukit Aman akan dipanggil - Polis
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata perkara berkenaan jelas tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Peserta demonstrasi dapat maklumat kurang tepat - Penganalisis
Pengarah Pusat Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) Profesor Madya Dr Abdul Rasid Abdul Rahman berkata peserta demonstrasi jalanan telah disajikan dengan informasi yang tidak tepat.
Peserta Perhimpunan Hijau tekad teruskan misi
Meskipun perjalanan berjalan kaki sejauh lebih 300 meter dari Kuantan ke Kuala Lumpur memenatkan, sokongan daripada orang ramai membangkitkan semangat mereka.