KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berperanan menyelesaikan beberapa isu membabitkan skandal itu kini memberi penumpuan kepada perjanjian dengan Goldman Sachs.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata berdasarkan maklumat awal, pasukan khas diketuai Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani itu berpendapat perjanjian bersama Goldman Sachs harus dirungkai semula.
"Saya bersetuju (dirungkai semula), kerana dari awal saya anggap perjanjian ini dibuat secara gopoh-gapah, maka ia timbulkan banyak persoalan... kerana kita harus diberi banyak.
Umpamanya dengan IPIC (International Petroleum Investment Co)... dengan mereka dahulu nak selesai dengan jumlah yang kecil, bila kita bertegas.. kita dapat 1.8 bilion dolar (AS$), itu besar.
Sebab itu saya kata orang kadang pandang remeh soal ketelusan dan ketegasan tapi ini soal menyelamatkan wang rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karya Agung Sayr Al-Salikin (4 Jilid) dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media mengenai perkembangan terkini pasukan siasatan khas diketuai Johari itu selain turut dianggotai wakil kementerian dan wakil peguam negara yang ditubuhkan bulan lepas.
Untuk rekod, penyelesaian dengan bank pelaburan antarabangsa itu dicapai pada tahun 2020 ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.
Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Anwar berkata kerajaan akan meneliti cadangan veteran DAP, Lim Kit Siang yang meminta kerajaan menerbitkan laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC).
"Maklumat ini (cadangan Kit Siang) baru sampai kepada saya, saya akan teliti bersama Jemaah Menteri, kerana prinsip kita dalam kerajaan ini, seperti mana (dedahkan) Laporan Nahas Double Six 1976, pendirian kita ialah tidak harus simpan, tetapi maklumat harus diperluas kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023

Anwar berkata berdasarkan maklumat awal, pasukan khas diketuai Johari itu berpendapat perjanjian bersama Goldman Sachs harus dirungkai semula. -Twitter Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.

Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.