KOTA BHARU: Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan terus berusaha membantu rakyat menangani masalah peningkatan harga ayam dan kekurangan bekalan telur sejak kebelakangan ini walaupun ia sukar dilakukan berikutan kedudukan kerajaan sementara sekarang, kata Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pengeluar bagi memastikan pembekalan ayam dan telur dapat dibuat dengan lebih teratur dan memohon kerjasama semua pihak dalam tempoh beberapa minggu ini.
"Saya bimbang sebab sekarang ini ada kekurangan barangan tertentu terutama telur ayam dan kita dapati tekanan harga ayam juga mula meningkat melepasi harga siling.
"Sekiranya harga dinaikkan sewenang-wenangnya, kita tidak dapat menangani masalah ini dengan segera kerana kita dalam kerajaan sementara. Oleh itu, kita mohon kerjasama semua pihak supaya tidak menambahkan lagi masalah ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) Melor di sini hari ini.
Mengulas mengenai PJMKM, Annuar berkata setakat ini program itu telah melibatkan penyertaan hampir 600 premis.
"Apa yang saya nak tekankan supaya semua premis mematuhi format yang kita tetapkan termasuk pemakluman secara meluas kepada masyarakat setempat, menaikkan sepanduk selain hebahan menerusi radio tempatan.
"Pada masa sama, label bagi harga jualan juga hendaklah jelas supaya tidak mengelirukan orang ramai dan menggalakkan pemilik premis itu sendiri memberi diskaun bagi barangan lain untuk memeriahkan lagi program jualan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022

Annuar berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pengeluar bagi memastikan pembekalan ayam dan telur dapat dibuat dengan lebih teratur. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berusaha atasi peningkatan harga ayam - Annuar
Bekerjasama dengan pengeluar bagi memastikan pembekalan ayam dan telur dapat dibuat dengan lebih teratur.