GEORGE TOWN:Seorang pastor warga Korea Selatan didakwa di Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang lelaki 20 tahun lepas.
Bagaimanapun Jee Jong-hoon, 54 tahun, yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) masalah pendengaran dan bisu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh penterjemah bahasa isyarat antarabangsa di hadapan Majistret Rosnee Mohd. Ridzuan.
Mengikut pertuduhan, Jong-hoon didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang lelaki yang berusia 20 tahun ketika kejadian dengan cara menyentuh kemaluan, memeluk, mencium pipi dan bibir dengan niat mencabul kehormatannya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Lorong Delima 3, Gelugor pada tahun 2000.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
BACA: Pastor OKU warga Korea Selatan didakwa sekali lagi kes cabul
Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM6,000 serta seorang penjamin warga tempatan.
Kes disebut semula 15 Mac depan untuk penyerahan dokumen.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlin Zeti Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam Sobini Kobu.
Pada 18 Disember tahun lepas, Jong-hoon turut dituduh di Mahkamah Majistret Butterworth atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dua lelaki pada 2013 dan 2017.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Feb 09 2021
Pada 18 Disember tahun lepas, Jong-hoon (tengah) turut dituduh di Mahkamah Majistret Butterworth atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dua lelaki pada 2013 dan 2017. - Foto Astro AWANI
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
AWANI Ringkas: PM: Akrab dengan China tidak bermakna menyebelahi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Yinxing
Taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.
AWANI Pagi: Jiwa SME | Rahsia usahawan tempatan menawan cabaran untuk kecapi kejayaan
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama tiga tetamu, Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, Pengasas Sumatraa Sdn Bhd, Mohammad Syaifullah Che Ghani dan Nor Hedayah Kaulan, Pengasas Hedy's International Sdn Bhd berkongsi rahsia kejayaan dalam bidang keusahawanan dan bagaimana mereka menerima bantuan untuk mengecapi kejayaan itu.
Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang "tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak."
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 November 2024
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
Jurulatih Gwangju terkejut JDT dibarisi ramai pemain import
Jurulatih Gwangju FC, Lee Jung-hyo mengakui terkejut apabila mendapati Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai ramai pemain import dalam kesebelasan utama pasukan itu.
[KOLUMNIS] Menelusuri sejarah Jambatan Persahabatan Malaysia–Korea Selatan
MALAYSIA dan Korea Selatan telah menjalin hubungan diplomatik mulai 23 Februari 1960.
Hubungan makin tegang, Korea Utara musnah jalan raya hubung ke Korea Selatan
Korea Utara pada Selasa memusnahkan sebahagian jalan raya yang menghubungkan negara itu dengan Korea Selatan.
Bapa, abang Son Heung-min didenda dera kanak-kanak di akademi bola sepak
Bapa dan abang penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, dikenakan denda susulan melakukan penderaan kanak-kanak di sebuah akademi bola sepak di Korea Selatan.
Kesepakatan Sidang Kemuncak Trilateral China, Jepun dan Korea Selatan sokong pertumbuhan syarikat pemula ASEAN - Anwar
Malaysia mengalu-alukan kesepakatan dicapai Sidang Kemuncak Trilateral kesembilan antara China, Jepun dan Korea Selatan.
Penulis Korea Selatan Han Kang menang Hadiah Nobel Kesusasteraan
Han Kang memenangi Hadiah Nobel dalam bidang Kesusasteraan pada Khamis, menjadi penulis Korea Selatan pertama yang mendapat penghormatan sedemikian.
ASEAN perkukuh kerjasama digital dengan Korea Selatan, Jepun
ASEAN terus komited meningkatkan kerjasama dengan Korea Selatan dalam bidang transformasi digital, selain sumber manusia dan rantaian bekalan.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Malaysia, Korea Selatan berhasrat tambah baik MoU ICT, fokus teknologi AI
Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Populasi Korea Selatan diramal menurun lebih 30% menjelang 2072 - Data
Populasi negara ini dijangka akan merosot kepada 36 juta pada tahun 2072, menurun 30.8 peratus daripada 52 juta tahun ini.