KOTA KINABALU: Pusat sehenti bagi mengurus perlaksanaan projek pembangunan di Sabah perlu ditubuhkan untuk memastikan projek berjalan lancar dan peruntukan tahunan Persekutuan dapat digunakan sepenuhnya, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.
Mencadangkan perkara itu, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Lamag) berkata saban tahun Sabah gagal menggunakan sepenuhnya peruntukan tahunan untuk projek pembangunan daripada kerajaan Persekutuan akibat pelbagai isu yang melambatkan projek terlibat antaranya isu tanah dan utiliti.
Beliau berkata kesukaran untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan tahunan tersebut merugikan Sabah kerana ia menyebabkan kehilangan peluang untuk membawa pembangunan yang amat diperlukan Negeri di Bawah Bayu itu.
"Tidak pernah (belanjakan) 100 peratus, paling tinggi pun hanya 52 peratus sahaja. Jadi, saya cadangkan melalui pusat sehenti ini sebelum jalankan projek dan dapat peruntukan, kita selesaikan dulu isu seperti tanah, air, elektrik, pembentungan dan utiliti lain.
"Ini kadang kala pembentungan dan air pun tidak diselaraskan, korek sana pecah sini, tiada penyelarasan sampaikan projek ambil masa lama untuk siap, misalnya satu projek ambil masa sampai tiga tahun," katanya ketika membahaskan Belanjawan Sabah 2024 pada persidangan itu.
Sementara itu, Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) memohon dewan merekodkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah meningkatkan kadar pemberian khas interim untuk Sabah daripada RM125.6 juta kepada RM300 juta.
"Dewan ini juga harus merakamkan penghargaan atas komitmen Kerajaan Perpaduan memuktamadkan formula kekal pemberian khas ini dalam tempoh satu tahun dari tarikh mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 pada Julai 2023.
"Dalam ketegasan kita memperjuangkan penyelesaian tuntas kepada tuntutan ini, saya berharap dan mencadangkan agar kerajaan Sabah tampil dengan cadangan formula pemberian khas yang boleh diterima sekiranya kita tidak dapat bersetuju dengan cadangan formula yang dicadangkan Persekutuan," katanya.
Beliau juga mencadangkan jawatankuasa perunding yang ditubuhkan sebelum ini diperkasakan dengan pasukan pakar bagi membantu kerajaan negeri mengemukakan cadangan formula yang kekal berdasarkan interpretasi perlembagaan dan analisis cukai serta hasil Persekutuan di Sabah.
Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya kemudian menangguhkan persidangan hingga esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023

Bung Moktar berkata saban tahun Sabah gagal menggunakan sepenuhnya peruntukan tahunan untuk projek pembangunan daripada kerajaan Persekutuan. - Gambar Sinar Harian
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Kabinet setuju SOSMA diteliti, disemak semula - Fahmi
Mesyuarat Kabinet bersetuju supaya agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diteliti dan disemak.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.

Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan juga berpeluang terus mengekalkan kemenangan jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyantuni rakyat terus diberi keutamaan.

‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.

Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.

Belanjawan 2025: Sabah terima peruntukan pembangunan terbesar, bukti gabungan BN-PH tepat
Selain itu, Kerajaan Perpaduan juga berjaya memberi anugerah kepada semua projek Pan Borneo untuk dimulakan di Sabah.