PUTRAJAYA:Perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing dibenarkan beroperasi sepenuhnya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun mereka perlu memastikan penumpang memiliki kebenaran sebelum melakukan perjalanan merentas sempadan daerah atau negeri.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kerajaan tidak mengehadkan atau mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan atau melarang perkhidmatan pengangkutan awam termasuk teksi, kereta sewa dan e-hailing daripada beroperasi antara daerah atau negeri semasa PKP.
Beliau berkata sepanjang tempoh PKP, perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing dibenarkan beroperasi sepenuhnya kerana ia berada dalam perkhidmatan penting serta dibenar melakukan perjalanan merentas sempadan daerah dan negeri di bawah kategori kenderaan komersial.
"Perlu ditekankan bahawa untuk merentas sempadan daerah atau negeri, perkara yang perlu diberi pertimbangan ialah hanya penumpang yang mempunyai kebenaran dibenar melakukan perjalanan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Katanya pelaksanaan PKP adalah bertujuan bagi mengawal pergerakan orang ramai termasuk pemandu dan penumpang.
Justeru, Wee berkata perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing perlu memastikan bahawa penumpang masing-masing mempunyai kebenaran bagi membuktikan bahawa mereka perlu melakukan perjalanan di bawah skop yang dibenarkan sebelum merentas sempadan daerah atau negeri.
Beliau berkata pemandu perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing perlu membawa satu salinan dokumen sama ada dalam bentuk salinan cetak atau salinan digital sebagai bukti untuk digunakan selepas menghantar penumpang ke destinasi yang memerlukan mereka merentas sempadan daerah atau negeri.
"Ini bagi mencegah pihak tidak bertanggungjawab daripada cuba melanggar PKP untuk melakukan perjalanan merentas sempadan daerah atau negeri tanpa alasan yang dibenarkan dengan mengambil kesempatan kebenaran yang telah diberikan kepada pengangkutan awam beroperasi antara negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 21 2021

Perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing dibenarkan beroperasi sepenuhnya kerana ia berada dalam perkhidmatan penting. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Musim raja buah! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau
'Dendam' dua tahun tidak dapat merentas negeri, pesta durian kali ini bertambah meriah dengan kunjungan penggemarnya.

Berhimpun dalam ruang sempit yang jadi masalah, bukan rentas negeri - Dr Noor Hisham
KKM guna kaedah serampang dua mata iaitu pemberian vaksin dan dos penggalak kepada golongan tertentu dan kepatuhan terhadap SOP.

"Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk," kata netizen
Ada pengguna, mendakwa dirinya pekerja kesihatan, memaklumkan ramai orang yang baru balik bercuti dari kawasan itu membawa kit ujian yang tertera keputusan positif.

Masyarakat India di Gua Musang giat buat persiapan sambut Deepavali
Biarpun menyambutnya secara sederhana, pesta cahaya diraikan dalam suasana penuh kekeluargaan mengikut norma baharu.

Menyelami keindahan semula jadi Pulau Tuba
Siapa sangka tidak jauh dari Pulau Langkawi iaitu sekitar 5 kilometer dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu, terdapat sebuah pulau yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan dan dianugerahi dengan pelba

Rentas negeri: pastikan anak kecil dilindungi daripada COVID-19 - Pakar
Dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir.

27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.

Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus
Keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.

Rentas negeri: 1.4 juta kenderaan setiap hari di PLUS sejak Jumaat
Sejak rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung dan melancong bersama keluarga.

Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap.