KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri bermula 11 Oktober lepas bagi mereka yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, adalah antara khabar yang paling ditunggu-tunggu oleh masyarakat yang rata-rata tidak sabar untuk pulang ke kampung atau pergi bercuti.
Jumlah kenderaan di atas jalan yang meningkat secara mendadak, khususnya pada hujung minggu lepas, adalah bukti ahli masyarakat memanfaatkan sepenuhnya "kebebasan" yang diberikan oleh kerajaan itu selepas hampir dua tahun pergerakan dibataskan demi mengekang penularan virus maut tersebut.
Namun, dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir, sementelah masih ada kelompok yang belum menerima vaksin, khususnya kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.
Risiko yang dihadapi oleh kelompok usia ini sudah acapkali dibangkitkan oleh pakar, namun hingga kini kerajaan belum membuat ketetapan berhubung isu pemvaksinan untuk golongan itu. Justeru, sementara menantikan keputusan kerajaan, terserah kepada ibu bapa dan penjaga untuk memastikan anak kecil mereka dilindungi daripada dijangkiti COVID-19.
SENTIASA BASUH, SANITASI TANGAN
Mengulas perkara itu, pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun menasihati orang ramai agar mengehadkan pergerakan dan tidak sewenang-wenangnya berkunjung ke pelbagai lokasi.
"Tujuan utama dibenarkan merentas negeri adalah bagi mereka yang sudah lama tidak menziarahi orang tua agar dapat pulang ke kampung, tetapi janganlah sebelum pulang ke kampung kita pergi bercuti di sana sini.
"Jika terlalu banyak tempat persinggahan, kita bukan sahaja boleh merisikokan anak-anak, terutamanya yang belum divaksinasi, tetapi berkemungkinan membawa pulang virus COVID-19 yang akhirnya boleh menjangkiti orang tua kita,'' katanya.
Beliau turut menasihati ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan berhasrat pulang ke kampung, agar melakukan perancangan sebaik mungkin bagi memastikan anak-anak mereka tidak terdedah kepada persekitaran yang sesak dengan orang ramai.
Antara yang beliau cadangkan ialah membawa bekal makanan dari rumah agar tidak perlu singgah di kedai makan semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.
"Begitu juga jika singgah di mana-mana seperti surau dan masjid, sentiasa jaga penjarakan fizikal dan semua ahli keluarga termasuk anak-anak kecil, wajib sanitasi tangan. SOP ini adalah paling asas untuk mencegah jangkitan COVID-19," tegasnya.
Dr Hanafiah turut menggalakkan individu dewasa melakukan ujian kendiri secara berkala sebagai saringan awal sepanjang berada di kampung, sekali gus melindungi diri dan juga ahli keluarga yang lain daripada dijangkiti virus maut tersebut.
"Sejurus tiba di kampung, wajib lakukan ujian kendiri yang merupakan langkah terbaik untuk kita membuat pengesanan awal kerana saya yakin, pada waktu ini kita bukan sahaja bertemu dengan orang tua, tetapi juga berhimpun dengan adik-beradik yang tiba dari lokasi berbeza.
"Sekalipun kita mandi atau sanitasi tangan sebelum bersentuhan dengan ahli keluarga yang lain, belum tentu dapat melindungi orang lain, terutama kanak-kanak daripada virus itu," katanya.
Dr Hanafiah juga mencadangkan orang ramai menyediakan kit ujian kendiri yang disifatkannya lebih murah dan mudah berbanding ujian calitan di klinik.
"Sekiranya ada seorang didapati positif, ahli keluarga lain pula boleh membuat swab test di klinik kesihatan untuk mengesahkan status kesihatan mereka,'' katanya.
KAWALAN KENDIRI
Bagi Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital Universiti Teknologi MARA Prof Madya Dr Ahmad Izuanuddin Ismail pula, langkah terbaik untuk mengelakkan anak daripada dijangkiti COVID-19 ialah tidak membawa mereka ke kawasan tumpuan ramai kerana golongan itu amat cenderung mendapat jangkitan kuman pada saluran pernafasan dan paru-paru.
Apatah lagi katanya, agak sukar untuk memastikan kanak-kanak, khususnya yang berusia lima tahun ke bawah, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan jangkitan COVID-19 seperti membasuh tangan dan menjaga jarak fizikal, selain mereka juga tidak digalakkan memakai pelitup muka kerana boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
"Walaupun COVID-19 telah biasa dalam kehidupan kita, ibu bapa perlu ingat masih ada kuman atau virus lain yang berada dalam persekitaran dan mudah menjangkiti kanak-kanak, selain kesannya pun ada masa lebih teruk daripada COVID-19, seperti virus influenza dan pneumokokal,'' katanya kepada Bernama.
Bersandarkan pada senario itu, Dr Ahmad Izuanuddin yang merupakan pakar perubatan dalaman (umum) dan perubatan respiratori, menyarankan ibu bapa memastikan bayi dan anak-anak kecil, khususnya yang berusia bawah lima tahun, sudah dilengkapi pelalian yang ditetapkan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).
NIP katanya boleh melindungi golongan itu daripada penyakit berkaitan pernafasan, terutamanya influenza, radang paru-paru (pneumonia), batuk kokol dan haemophilus influenzae.
"Biasanya vaksin ini (berkaitan penyakit pernafasan) diberikan kepada bayi semasa berusia dua, tiga dan lima bulan serta dos booster ketika berumur 18 bulan. Vaksin influenza dan pneumokokal bukan vaksin wajib tetapi digalakkan pengambilannya," jelas beliau.
Dr Ahmad Izuanuddin turut menasihati ibu bapa yang membawa anak-anak mereka merentas negeri agar segera melakukan ujian COVID-19 ke atas si anak sekiranya menunjukkan gejala seperti demam dan selesema.
-- BERNAMA / Suntingan Noor Hayati Muda
Bernama
Fri Oct 22 2021
Dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir, sementelah masih ada kelompok yang belum menerima vaksin, khususnya kanak-kanak berusia bawah 12 tahun. - Gambar hiasan
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital
Tiga tebusan telah bertemu semula dengan keluarga masing-masing manakala pemeriksaan kesihatan akan mengambil masa beberapa hari.
Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak
Dua lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam komputer masing-masing.
107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi
Amalan 'sharenting' atau amalan menunjuk-nunjuk perkara berkaitan anak-anak oleh segelintir ibu bapa, membuka ruang kepada jenayah dalam talian.
Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Fokus pendidikan kanak-kanak Gaza, bukan gantikan UNRWA - Lazzarini
Kanak-kanak di Gaza kehilangan tahun kedua pendidikan mereka akibat perang yang berterusan dengan Israel, dengan lebih 625,000 kanak-kanak kini hidup dalam keadaan trauma.
Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.