Mengikut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Perbincangan Khas itu bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.
Selain itu beliau berkata, ia akan bermula kira-kira jam 10.30 pagi ini, namun tidak diketahui berapa lama perbincangan itu akan berlangsung.
Sementara itu, kenderaan rasmi membawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar pertama sekali tiba di Pintu 1 Istana Negara, iaitu pada jam 9.40 pagi.